Selasa, 5 November 2013

RESEPI ROTI JALA

Lama nya aku tak update ape-ape resepi kat dalam blog aku ni yer... jadi utk kali ni aku akan update resepi yang sangat senang & sesuai utk di hidangkan waktu sarapan pagi ataupon masa minum petang.. Bahan tak banyak,semua senang dapat.. Ape yang PENTING korang pastikan bancuhan adunan tak terlalu pekat @ terlalu cair yer,kalo pekat jawabnya bukan jadi roti jala tapi jadi roti menitik.. hahaha...

BAHAN-BAHAN



  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 2 cawan Air
  • 1 biji Telur
  • 1 sudu kecik Garam Halus
  • Beberapa titik pewarna kuning


CARA MEMASAK 



  1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam satu mangkuk, kemudian kacau & pukul sebati.
  2. Perapkan adunan dalam 1/2 jam.
  3. Panaskan non stick pan & masukkan adunan ke dalam acuan roti jala.
  4. Tebar/kirai adunan di atas pan. Biarkan hingga roti jala tu masak.
  5. Angkat & gulung macam kat kedai-kedai yer.. hehehe...
Macam bese la roti jala sedap kalo cicah ngan kuah kari ayam @ daging... Tapi kalo musim durian lagi best cicah ngan bubur @ pengat durian. perghhh sure meleleh je..manis2 je masa cicah 2.. tapi tak elok manis-manis gula banyak tak elok tok kesihatan! diabetes..ngeh ngeh ngeh... Selamat Mencuba yer kekawan semua. Pada yang dah mencuba tu sila-sila la komen yer..




Rabu, 9 Oktober 2013

Anniversary di Fraser Hill

Anniversary aku yang ke 2 tahun kali ni aku sambut dekat Bukit fraser, Pahang. Kebetulan pulak En Hubby cuti lepas shift malam. So kiteorang decide nak pegi bercuti waktu ni,tambah pulak hari 2 hari weekday tak ramai orang & nak jalan pon senang. Kami Bertolak dalam pukul 10pg dari Slim River ke Kuala Kubu Baru. Sekarang ni nak naik ke bukit fraser tak payah dah nak ikot2 time naik & turun. Maknanya senang le boleh pegi ikot suka hati jela.hehe... Perjalanan ambil masa dalam 2jam jugak lah kalo bawak dlm keadaan bertenang.

Jalan dia jangan cakap le..sweet sgt.. sbbnya ha! sangat2 bersimpang siur,berliku-liku,bengkang-bengkok (bukan kueh bengkang ye) sumenya ade la.. Tapi dari segi keadaan jalan tar lagi ok bukit fraser berbanding dengan jalan nak ke cameron kalo ikot jalan arah tapah. Jalan dia ok lancar,cuma kena hati2 sebab jalan memang bahaya,paham 2 jela kawasan bukit2,jalan pulak berliku-liku & tanah runtuh. Yang penting masa nak naik 2 permandangan memang cantek,de kera bersama geng2 nya, air terjun & banyak pokok2 buluh berjuntai-juntai. hati2 ye..hehe...

Bila dah sampai je dekat atas 2 korang akan nampak satu arah naik sahaja ke bukit fraser,kena naik lg 9km yer. So jalan dia agak kecik la tapi jangan riso jalan sehala kan,naik sahaja, bawak tu hati2 la jalan dia kecik.
Settle je 9km, so korang akan nampak la permandangan ala-ala bandar inggeris, balai polis,pos office,klinik,hotel,banglo dan macam2 lagi la suma banggunan ala barat. Memang cantek sebab bangunan tu sendiri dah unik ditambah pulak pokok-pokok bunga yang cantek2 di tanam di sekitar kawasan tu. Rasa tenang dan damai je. Kalo nak dibandingkan pula dari segi kesejukkan, best lagi cameron highland berbanding fraser hill ni,sebab tempat ni tak sejuk pon, rasa biasa je msa aku dan en Hubby sampai tu. Entah ikot orang yang bekerja kat hotel aku menginap tu cakap kalo nak sejuk elok bercuti bulan 10. Nanti aku bagi korang tengok gambar2 masa aku dekat fraser hill ni.

Perkara pertama yang aku buat sampai je dekat sini aku pusing bandar fraser hill untuk cari bilik untuk aku & en Hubby menginap. Memula aku pergi Puncak Inn,tanya harga bilik, ok murah, tapi dia punya receptionist tak bagus, kurang information mengenai bilik yang kitaorang tanya. Nak promote bilik pon dia macam blur2, just bagi pamplet rate utk setiap bilik,bila tanya tak tahu pape. Geram jugak la sebab masa tengok agoda cantek bilik2 dia tapi sampai sana tanya budak laki tu,dia macam blur2 & cakap bilik biasa2 je,nak bilik ala2 inggeris kena amik banglo. Mak ai.. agak2 le, kami bukan nak dok bukit fraser tros adek oii.. Tapi utk pengetahuan korang aku ade tgk hotel Puncak Inn ni kat dlm tv cite "Kisah Cinta" cantik gak bilik dia lagi cantik dari bilik kat Shahzan Hotel.

Usaha diteruskan, kami pergi ke Fraser's Silverpark Resort, seriously cakap kawasan dia memang menakutkan ye, bangunan dia memang terbaek,cat dah pudar, bangunan tinggi2 tapi macam usang je, & yang paling penting msa aku pergi tu hanya ade sebijik kereta je yang parking, maknanya apa?. Memula en Hubby suh cuba tanya dulu dekat receptionist tu bape rate bilik, kitaorang punya la jenuh mencari mana la bahagian reception tu, nak tau kenapa kami xjumpa? sebabnya tanda arah ke reception tu udah tercabut sebelah weh,jd benda alah yang tergantung tu xdela kami nampak dengan senangnya. Masa nak turun bukit tu baru perasan, jd aku ape lagi tak jadi le tros nak pegi tanya. Dah la msa nak naik tu memang le ade guard house kat situ tapi orang nya tak mandang. Ha boleh korang bayangkan tak mcm mana aku tak cakap hotel ni macam berhantu je.hahaha.. Sorry 2 say ye.. tapi itu la benda yang aku nampak & aku terpaksa nyatakan ye..

Last2 kami nampak Shahzan Inn Hotel, so malas nak pikir kami masuk & tanya rate bilik, bahagian lobby dia nampak menarik & mewah, yela 3 bintang kan. Kami tanya rate bilik, pastu staff dia bg la rate bilik & terangkan ape yg ade & termasuk sekali. Yang tak tahan cara sembang pasal bilik memang taknak kalah gaya grand weh.. Golfview bagai, harga pon mahal tapi bila dapat bilik, hai la naseb badan...panas wooo kipas takde, aircond lagi la tak mandang. Takde aircond boleh la dimaafkan lagi sbb paham kalo tempat2 peranginan yang sejuk mmg macam gini tapi klo takde kipas yg disediakan dalam bilik mmg tak best le nak berbulan madu bagai. Terpaksa kol pulak room service suh antar kipas weh. Yang lagi tak boleh bla boleh sememeng je muka budak yang hantar kipas tu depan pintu bilik tunggu En Hubby bagi dia tips. Hahaha.. memang tak la sebab kami tak berpuas hati dengan keadaan bilik yang kami dapat.

Mengenai Hotel ni yang aku nak share dekat korang sume, Iron tak disediakan di dalam bilik, Iron diluar bilik. Kena kuar la ke ruang tengah untuk iron baju. Lepas tu bilik dia pon ade setengah2 je yang disediakan freeze,ade setengah takde. Jadi korang pastikan tanya dulu la. Lepas tu bilik air adela bath tub & basic facilities. Kami masa check in bilik termasuk sekali sarapan pagi, jadi tak payah susah2 nak pikir mana nak makan kan. Sarapan pagi pada aku memang tak best, memang tak banyak pilihan & tengok gaya pada caranya macam kedekot je, berbeza sangat dengan tempat yang penah aku pegi sebelum ni. Ha kelebihan Shahzan Inn hotel ni ade kemudahan bank Maybank.senang la kan nak keluarkan duet lagi.hehe... Mintak maaf la ye, ni pada pandangan & juga penilaian aku semasa dekat hotel ni. Harap dapat membantu untuk tingkatkan lagi kualiti hotel ni..

Selesai je dengan bilik, lepas solat asar kami keluar jejalan pusing pusat bandar fraser hill. Tengok ape yang menarik,bergambar sana sini. Aku de sertakan gambar utk tatapan korang sume. Ha aku nak rekemen dekat korang kalo nak makan dekat fraser hill boleh la pergi dekat medan selera fraser hill. Tak jauh pon dari pusat bandar, sebelah medan selera ada Taman kecik sesuai utk budak2 main. Aku makan dekat Arzed Restaurant. Makanan dia ok boleh tahan sedap & harga pon berpatutan tak la mahal. Masa aku lepak dekat medan selera ni tak banyak kedai makan bukak, jadi serbu jela kedai makan ni. Lepas tu jejalan kejap dekat taman.

Malam kami lepak betul2 dekat pusat bandar fraser hill. Macam biasa takde la sejuk mana pon. Kesejukkan tu rasa ckit2 je, berbeza dengan Cameron Highland. Aktiviti tak banyak sebab dekat fraser hill ni waktu malam sunyi je sume pakat dah tdo tgk gayanya. hehe.. Keunikkan waktu malam dekat fraser hill ni suasana dia ala2 klasik ckit,dari segi lampu,kerusi & bunyi2 an waktu malam memang tenang & damai la.. Esoknya kami pergi ke Allan's Water Park, Taman Flora Bukit fraser, trail2 yang ade sbg contoh Rompin Trail,Bishop trail & yg terakhir plan nak pegi tgk air terjun tapi tak kesampaian sbb jalan tutup. Jadi pada aku bolehlah kalo datang fraser hill utk tenangkan fikiran tapi kalo nak duduk dekat sini berhari2 tak payah la kot sebab takdela banyak sangat benda menarik yg boleh dibuat. Pada pendapat aku kalo pergi balik hari lagi best.. hehe..

Kat sini aku sertakan la gambar2 yang sempat ak tangkap masa berada kat Bukit Fraser ni. Aku sempat jugak singgah dekat Air terjun masa nak turun dari fraser hill ke kuala kubu baru & jugak Empangan Sungai Selangor. Boleh la korang cuci2 mata..




















Berminat dengan percutian ini ?

Selasa, 16 Julai 2013

LAI LAI KATONG.... TIRAMISU ORDER - AREA COD #SLIM RIVER #BEHRANG #TANJUNG MALIM #IPOH


Chilled Dessert FDD - Tiramisu
Berminat?? Nak Order??

COD Area - Slim River,Behrang, Tanjung Malim & Ipoh(Depends on date) Perak.

Flavour - Coffee (Nescafe + Coffee) or Orange (orange+choc)

Size(refer 2 pic)
‪#‎RM‬ 15.00 (big)
#RM 8.00 (medium)
#RM 2.50 (small)

* YG pasti rasanya memang sedap & terangkat..
* Sesiapa yg nak repeat order,sila2 kan la ye..
* Sesuai dimakan time berbuka puasa.

**Sebarang Pertanyaan boleh la Like page FB - Fana Door Desserts & PM(message) kami utk membuat Tempahan TIRAMISU





Harga & Saiz Bekas



Tempahan Dari Pelanggan. Sesuai dijadikan sebagai Hantaran utk majlis Pertunangan @ Perkahwinan. Juga Boleh Dijadikan Sebagai Pemanis Mulut utk tetamu yg Hadir... RM 2.50 (SMALL SIZE)



Tempahan Dari Pelanggan Di Ipoh Perak.



#TIRAMISU DESSERT #FLAVOUR-COFFEE @ ORANGE #PRICE-RM2.50,RM8.00,RM15.00

Ahad, 14 Julai 2013

MASALAH2 YG SERING DIHADAPI KETIKA MEMBUAT BISKUT DAN PUNCANYA


          1) Biskut terlalu keras :


           - Tepung yang digunakan tidak sesuai (terlalu "kuat").

               - Tepung terlalu banyak.

               - Tidak cukup lemak/mentega/marjerin.

               - Kandungan gula yang tidak betul.

               - Terlalu lama memukul/mixing.

               - Tidak cukup cecair (contohnya telur).

               - Bakar terlalu lama pada suhu yang terlalu rendah.


          2) Biskut terlalu berderai :

           - Terlalu banyak gula.

               - Terlalu banyak lemak/mentega.

               - Tidak cukup telur.

               - Kaedah membancuh yang tak betul menyebabkan adunan tidak sekata.


          3) Biskut terlalu kembang :

            - Suhu terlalu rendah.

               - Tidak cukup tepung.

               - Terlalu banyak tepung.

               - Terlalu banyak cecair.

               - Loyang disapukan dengan terlalu banyak minyak.


          4) Biskut tak cukup kembang :

           - Suhu terlalu tinggi.

           - Tak cukup gula.

               - Tak cukup cecair.

               - Acuan disapukan dengan minyak dengan tidak sempurna.


          5) Biskut melekat di loyang :

               - Loyang tidak disapukan minyak dengan betul.

               - Terlalu banyak gula.


          Harap membantu yer... :)

SAMOSA INTI LABU RAMADHAN

Selamat berpuasa semua... Alhamdulillah dah hari ke 5 kita berpuasa. Macam mana? mesti ok kan sebab baru lagi. Pada suri rumah 2 mesti masih maintain pikirkan nak masak ape untuk juadah berbuka. Al maklumler baru hari ke 5 berpuasa, kalo dah tengah2 tu mesti kosong minda sebab dah tak tau nak masak ape. Jadi sempena bulan puasa ni aku nak share dengan korang sume resepi untuk juadah berbuka puase.. wot wot wot... macam biasa tagline aku mudah & senang. tak payah susah2 yang penting sedap. Selamat mencuba ye...



BAHAN-BAHAN


  • 1 biji Bawang Besar - dicincang
  • 3 sd bsr Serbuk Kari
  • 2 batang Daun Kari (amik daun shj) - hiris halus
  • 5 helai Daun Pudina - hiris halus
  • 1 batang Daun Bawang -  hiris halus
  • 1 lobak merah (saiz kecik) - potong dadu
  • 1 cawan Labu - potong dadu
  • 1/2 cawan Sengkuang - potong dadu
  • Ayam / Daging 500gm - potong dadu
  • Kulit Popiah (ready made pny)
  • 1 sd teh Garam
  • 1 1/2 sd bsr Gula
  • Lada hitam secukup rasa
  • 250 ml Air
  • Air sedikit - utk lekatkan kulit popiah
  • Minyak Masak secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan ayam / daging & serbuk kari, kacau sebati. Kacau lebih kurang dalam 1 minit.
  2. Kemudian masukkan pulak daun bawang, daun kari, daun pudina, labu & lobak merah. Kacau sebati & masukkan air, garam, gula, lada hitam. 
  3. Masak selama 20 minit dalam api sederhana. Pastikan korang sentiasa kacau yer takut kang hangus bahagian bawah dah tak sedap.
  4. Bila tengok kuah dah agak-agak pekat masukkan sengkuang & kacau sebati dalam 1 minit. Tutup api.
  5. Sejukkan dulu adunan. Dah sejuk, baru letakkan inti tu pada kulit popiah & lipat bentuk segitiga. 
  6. Panaskan minyak. Goreng samosa & angkat bila dah nampak warna kulit popiah 2 kuning keemasan. Yang penting jangan hangus sudah ye.

* In Sha Allah sedap.. en suami pon puji cakap sedap :) selamat mencuba ye.. sudi-sudilah share komen kat blog ni ye.

Sabtu, 6 Julai 2013

HILANGKAN LENDIR IKAN KELI

Do it Simple as You can...de kene mengena tak? Hari ni aku nak share ngan korang cara mcm mana Nak Hilangkan Lendir Ikan KELI dengan mudah. Tak payah le kita nak letak air asam jawa,rendam dengan air basuhan beras,asam keping,garam & macam-macam lagi ler... Ye la kadang2 memang kena ikot petua org tua2 kita dulu.. Tapi aku de gak cuba buat, tak jugak hilang lendir dan jugak bau hanyir nya.. Bagi yang tak gemor bau hanyir dan geli lendir ikan 2 elok le cuba. Jangan plak p basuh dengan air sabun sudah le ye.

Read More........

Ahad, 30 Jun 2013

MUSHROOM SOUP

Sangat senang untuk disediakan.. Bahan tak banyak & tak susah utk dicari,dibeli. Pe lagi try la buat.kot2 nak tukar selera nak makan western plak.asik makan nasi berlauk je kan..hehe..selamat mencuba ye.




Bahan-Bahan


  • 2 sd bsr Butter
  • 3 cwn Mushroom
  • 1/2 cwn Bawang (potong dadu)
  • 1/4 Saderi (potong dadu)
  • 2 sd bsr Tepung Serbaguna
  • 1 ulas Bawang putih (Cincang)
  • 1 sd teh Fresh Thyme
  • 3 cwn Susu
  • Garam & Lada Hitam
  • Keju & 1/2 cwn krim (ikot citarasa)

Cara Memasak
  1. Guna Non stick Pan, panaskan dan masukkan butter.
  2. Sautee' (tumis) cendawan, bawang & saderi dalam 4-5 minit sehingga kekuningan & naik bau.
  3. Kemudian masukkan tepung. Kacau sebati bagi sekata, masukkan bawang putih & thyme.
  4. Masukkan susu sedikit demi sedikit (1 cwn, 1 cwn) sambil tu kacau perlahan-lahan dengan api sederhana dalam 20 minit.
  5. Angkat pan,tuangkan sup tadi ke dalam blender, kisar sup sehingga sebati utk bg smoothy lagi. Baru perasakan.
* TIPS
     - Utk extra rasa sedap, boleh masukkan krim ckit utk rasa lemak2 lagi. Last nak letak cheese pon ok. Boleh hidangkan dengan garlic bread.. memang superb rasanya.. :)

Isnin, 17 Jun 2013

Kek Mentega Pelangi

Raya Datang lagi..... Wah pose blom tros pikir nak raya.. Ape lagi aku pon dok pikir la resepi ape aku nak share ngn korang sume untuk hari raya ni..weeee.... Asal raya je teringat biskut raya dak? Ha! ape kata aku share ngan korang sume resepi Aneka Kek Raya dulu, lepas tu baru aku share dengan korang resepi biskut raya.. Ape lagi? amek pen & kertas salin le resepi ni... amboiii ingat ni zaman purba ke hape? tak payah susah2 copy paste print.haha.... Selamat mencuba ye.. Mudah & Cepat.


Bahan-Bahan

  • 250gm Mentega
  • 225gm Gula Ising
  • 5 biji Telur
  • 225gm Tepung Naik Sendiri
  • 3 Jenis Pewarna / Merah, Hijau, Kuning
Cara Menyediakan :

  1. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi secara perlahan sehingga sebati.
  3. Kemudian gunakan spatula, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan guna proses kaup balik hingga adunan rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan campurkan pewarna.
  5. Masukkan adunan setiap warna ke dalam loyang dan larikkan dengan lidi untuk mendapatkan corak campuran.
  6. Akhir sekali, bakar dengan suhu 180c selama 45 minit.


Tadaa... dah siap kek ni. Yang penting sedap & gebu..

Sabtu, 25 Mei 2013

Romantika 3D2N Felda Residence Hot Springs

     Percutian Cinta aku kali ni dimulakan dengan bercuti di Felda Residence Hot Springs Resort. Aku tempah melalui telefon untuk 3 hari 2 malam.. Untuk semalam harga bilik RM180.00 termasuk sarapan pagi dan juga tiket ke Hot Springs Sungai Klah. Sehari sebelum nak stay 2, staff resort akan kol untuk confirm kan balik jadi @ tak menginap di resort tu. Penginapan aku kat resort tu betul2 menyenangkan dan selesa. Udara segar pagi2, angin bertiup damai & tenang je. Memang syok sangat. Mengenai lokasi, resort ni di Sungkai, Perak. Antara sungkai ke Ipoh sangat jauh ye.. sebab ape aku cakap mcm ni de 1 website untuk buat tempahan bilik ni tulis sungkai ni berdekatan dengan bandar ipoh..huhu.. 

     Cara nak pegi Exit highway sungkai, lepas tu amik kiri dan terus, akan nampak le signboard Hot Springs Sungai Klah. Kawasan nak masuk 2 memang penuh dengan Ladang Kelapa sawit. Jadi jangan lak korang terkejut atau pon risau betul ke jalan ni. hehe.. Yang penting penginapan di resort ni sesuai untuk orang yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan bandar yer. Agak2 mendap la jugak pd sesiapa yg lebih sukakan hiburan.

     Masa sampai kat resort 2 aku lewat setengah jam. Sampai je kat resort,aku terus check in & dapat kunci bilik, voucher makan sarapan pagi untuk 2 hari dan tiket masuk ke Hot Spring Sungai Klah. Aktiviti aku dan En suami tak banyak untuk hari pertama sebab kami nak merasmikan bilik yang kami dapat 2.. Masuk bilik terus je geledah ape yang patut.hehe... Bilik selesa, yang penting ade bath tub ok!. kemudahan lain yang diberikan mcm pemanas air,tuala,sejadah,seterika,television,freeze,& sabun mandi. Keadaan bilik selesa,besar,kemas & arah kiblat pon ade okay!... sgt2 memuaskan...

     Pada yang nak bercuti kat cni, makanan nye agak susah nak beli kalo di luar resort. Memang ade tapi jauh kedepan. So better makan kat cafe dia tak pon order dari bilik sudey.. Kalo order dari bilik, makanan malam 2 terhad ckit la, tak banyak menu. Kalo nak best2 kena pergi la cafe dia 2.. Dun wori cafe dia ok dan selesa..style santai gitu. Kalo korang nak mandi ke hotsprings juz jalan kaki ikot je singboard dari resort tak susah & jauh pon dari bilik.. Boleh la snap gambar yg best2. Masa kat dalam hotspring 2 rasanya tak payah la kot terasa nak makan hebat2 sgt sebab harga dia memang mahal. En hubby beli air sarsi je kot kena sampai RM4.00/cup.huhu.. tapi ingat yer masuk dalam hotsprings ni tak boleh bawa makanan termasuk telur ayam.

     Cite banyak pon tak best ye dak? so aku akan bagi korang tengok sendiri gambar2 yang sempat aku amik masa aku kat Resort ni & aktiviti aku masa kat Hot springs ni...takde la banyak tapi boleh la bagi gambaran terkini tentang resort ni pada sesiapa yang nak bercuti kat sini atau pon pada sesiapa yang tak pernah dengar tempat ni tapi nak vacation tempat yang tenang n selesa.


View sebelum msk ke dalam Resort


Front View Felda Residence Resort


Room


Santai


Bath Tub


Hot Springs - Tempat Merebus Telur


Tempat mandi manda


Makan- Makan Time


Facilities yg disediakan
   

Note: Pada sesiapa yg nak buat family vacation dekat sini sesuai gak sebab resort ni ade sediakan villa.. harga tak silap around RM500++/nite of course..siap ada private jacuzi hot spring ok.. boleh la kan klo family2 yg plan nak bercuti tempat2 mcm gini..


Berminat dengan percutian ini?

ANNIVERSARY - FRASER HILL

Jumaat, 24 Mei 2013

TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27





Halo halo halooo... lama sungguh la tak update blog.. sebab ape??? sebab fokus kpd interview yg baru je lepas baru2 ni. Aku kena interview tarikh 22.05.2013 rabu pukul 10pg di pusat temuduga spa ipoh. Suasana msa 2 jgn dikenang le sume muka agak gemuruh & cuak sebabnya tak tau ape soklan yg akan ditanya..hehe...

Macam2 reaksi muka yg dapat aku lihat msa 2..yela ade yg muka senyum,kelat,sedih,muncung & macam2 lagi la..tapi yg penting lepas je interview hilang 1 beban dlm kepala ni.. Juz tunggu result bulan JULAI je nanti.. Dari ape yg aku tengok pada "STATISTIK SPA" PPT N27 ni nak pakai 67 org,calon simpanan 1000org & yg dtg interview mak ai... 49000 hokey!!! ko hado? hahaha...In sha Allah.. klo dah tertulis 2 rezeki kita tak kemana.. yg penting kita dah usaha sehabis baik,tawakal n redho je.. Doa & sentiasa mintak pd Allah mudah2an ade rezeki utk kita ye J.. think +ve alwez....

Antara soklan2 yg aku dapat :


  1. Perkenalkan diri anda?
  2. Bendera malaysia ade jalur,jalur 2 melambangkan apa?
  3. Bintang pecah 14 betul ke de 14 negeri? Cuba senaraikan?
  4. Macam mana kita nak kenal pasti surat yg dihantar 2 datang dr jabatan mana?
  5. Kalau awk diterima msk bekerja di sektor awam apa penambahbaikan yg blh di buat di sektor awam?
  6. Mcm mana yg awk maksudkan dgn berfikiran secara kreatif dlm penambahbaikan itu?


Ni la antara soklan yang aku dapat msa interview 2... At least aku dapat satu pengalaman baru macam mana cara temuduga untuk jawatan N27..sblm ni ak interview jawatan gred N17.. mestila berbeza kan?? Masa ak interview 2 betul2 time diorg stop & pegi breakfes dulu..Lepas tu bawu la nombor giliran aku dipanggil utk temuduga.. Ha kan best 2 perot dah fully isi, so ape lagi idea untuk bertanya mencurah2 la ye... Lain yg aku baca lain yg disoal..soklan umum tapi dia pny belok n psiko perghhhh.. menangis wooo...

Yang paling penting aku nak share dgn korang "JAWAPAN" yg korang bagi 2 mesti yakin! jgn terpedaya.. itulah yang aku belajar semasa interview ni.. huhuhu...dia nak tengok daya ketahanan kita kalau di psiko boleh ke tidak kita hadap! Maybe la... 2 pada firasat aku.... hehehe... :)

Apa pon kepada yang belom interview lagi hope info yang aku bagi ni boleh la nak tolong kan.. Yang penting YAKIN! & jgn la dok hafal sgt sbb jawatan ni perlukan kepetahan kita sewaktu bercakap dgn penemuduga 2. klo kita hafal 2 boleh jadi nanti idea kita beku tak boleh nak dikembangkan.. Kepada yang sudi 2 share2 la info..komen la kot2 boleh bantu yg lain2 2...GUD LUCK.... 


Jumaat, 12 April 2013

ROTI MOZARELLA


     Terbaek la... Kali ni punya la malas nak update blog dah dekat tgh bulan April bawu nak ade semangat nak release my article... artikal ke?padahal resepi je.hekhek....Cewahhh speaking bagai! hehe...
     Hai lama dah rasanya tak update blog dengan resepi baru..menu baru kali ni masih untuk sarapan pagi @ pon untuk minum petang pon ok.. So hari ni aku akan update dekat korang resepi yang takde la begitu simple tapi memang sedap & lain ckit untuk menu pagi korang yer... Sekali sekala kena la tukar selera kan? pada yang dah bersuami mesti incik suami terkejut isteri hidang bekfes bertaraf Hotel gitu..kalau yang bujang 2 sure emak/omak terkejut tengok ha pe ke benda atas meja aku ni..hihi...  Selamat Mencuba :)

***Hidangan untuk 1 org***

Bahan-Bahan

  • 2 keping Roti Sandwich(roti gardenia potong bhgn tepi)
  • 1 keping Keju Mozarella(cheddar cheese-kraft pon blh)
  • 1 biji Telur
  • Salad campuran(carrot,tomato ceri,daun salad)
  • Serbuk Roti secukupnya(ikot le sbb nak salut roti)
  • Tepung gandum secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan Untuk Sos

  • 1 sudu makan Madu
  • 1/2 sudu makan Cuka
  • 1/2 sudu makan Minyak Jagung
  • Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
*Gandakan je kalo nak buat lebih saiz hidangan.


Cara Memasak


1. Ambil 2 keping roti dan letakkan keju mozarella di dalamnya. Potong roti kepada 2 bahagian sehingga menjadi seperti bentuk segi tiga.

    2. Susun daun salad,tomato ceri dan hirisan lobak merah di atas pinggan. Nak decor elok ckit gunala pinggan kaler putih.

      3. Pukul telur sehingga kembang.


        4. Celup roti ke dalam bancuhan telur.


          5. Kemudian salut dengan tepung gandum.


            6. Setelah itu salut dengan serbuk roti sehingga rata.


              7. Akhir sekali goreng roti sehingga bewarna kuning keemasan.
                8. Sedia untuk di hidangkan...

                Senangkan??? tak payah guna bahan yang byk,mudah dan cepat.. :) 


                Upcoming Resepi 

                Kek Coklat Lembap

                Ahad, 31 Mac 2013

                MIMPI apekah??

                     Sekadar coretan...cewah!! tak der maknanya.. aku ase nak kongsikan dengan korang sume sal mimpi aku bawu2 ni..kalo nak layan pon boleh taknak layan pon boleh. Tiada paksaan, sekian...amboiii garang eh! hehe...Mulanya mcm gini mimpi aku tu nak kata menakutkan sangat tak le takut mcm cite hantu..kekeke...aku cuma tertanya2 nape aku mimpi mcm tu sedangkan aku takde pon tgk ataupon layan cite2 horror ataupon cite binatang yang menakutkan dalam astro ke youtube ke yer dak untuk malam aku nak tido tu?

                     Dalam mimpi aku tu, aku mimpi Ular Tedung Hitam bukan Ular sawa ye... Panjang ular tu usah dikenang le memang panjang,hitam legam pergh!!! memang seram.. kalo nak bagitau bape cm @ meter tak tau le ak sebab nama pon mimpi kan mana pulak dan aku nak pi ukur takpon buat anggaran masa dia nak datang serang aku. Yang aku tau masa tu aku dah kecut perut plus mengelupor iso ular tu keluar dari sangkor yang dah siap di balut plastik ok!..ha kalo tgk boleh tahan susah jugak le ular tu nak keluar kan.. Yang tak tahan tu ular tu siap memberontak. Macam mana ular tu memberontak? si ular tu dok nyondol plastik cover sangkar tu dan ushar baik punya, tepat je kat aku supaya hajat dia nak patuk aku tu tercapai... Blom abes lagi.... Yang tak tahan ular tu siap kuar air liur ke ape ntah cecair mcm lendir kat plastik cover tu untuk memberontak nak keluar patuk aku!

                     Aku masa tu memang cuak tak hengat...Gile ko ular 2 dah la hitam,panjang pulak 2,kepala pulak dah ngepak2 nak patuk aku,bisa jangan dikenang le sure kalau dipatuk ni ak terus "go".. Masa tu aku memang tak tentu arah mencari barang ape aku boleh pakai tok pertahankan diri aku ni dari dipatuk oleh si ular berbisa tu. Masa aku dok mencari2 senjata hebat aku tu..boleh ular tu tunduk bawah sangkor dan ape korang tau dia buat??? Ha... dia dapat keluor wehh dari sangkar 2. Meluru terus memencut ular tu mengesot ke arah aku dan paling mengerikan aku ular tu terus mengepak kepala, So jadi le Ular Tedung bawu la ngam dengan nama yang diberikan.. Eh Eh melalut ke laut lak, Ular tu dengan pantas patuk tangan kiri aku wei...aku bertindak balas dengan ape tau tak? Aku tros pegang kepala Ular tu..Hamboiii2 gaya Hebat kan macam penah buat show kat zoo tapi sebaliknya dah jadi pada aku..

                     Elok je lepas aku pegang kepala Ular Tedung Hitam tu, aku terus rebah dan tak sedarkan diri ok. Tapi tu mimpi je.. Alhamdulillah... Allah s.w.t beri kesempatan untuk aku bagun dari tidur dan hirup udara lagi dibumi Allah ni.. Memang aku tersentak dan terjaga dari tidur tros terdiam dan mengucap panjang.. Terpikir pikir kenapa aku dapat mimpi macam gitu.. Tambah lak aku terjaga dari tidur tu hari khamis malam jumaat tepat pukul 4.30pagi. Memang menakutkan dan aku sampai sekarang terpikir ape lak agaknya petanda mimpi tu.. Ade yang cakap kalo mimpi Ular ni de orang nak masuk meminang...Eh Eh.. Hello tak boleh pakai fakta tu ye sebabnya aku dah kawin..pewittt..hek hek hek... yek yek je macam ade je yang nak kan? tapi aku mimpi Ular tedung ade kena mengena ke?

                     Lain dari tu jugak ade yang cakap kalau mimpi Ular yang berbisa ni tandanya ade benda yang tak elok akan terjadi pada kita.. Macam-macam la persepsi orang kan,ade yang betul ade jugak yang kita tak boleh percaya 100%.. Yela orang tua-tua pon de cakap MIMPI ni kan mainan tidur.. Selagi kita memegang kuat pada ajaran kita ajaran agama Islam, InshaAllah takder yang lebih berkuasa melainkan Allah s.w.t. Betul tak? So pada aku, aku hanya pikirkan yang positif je yang mana hari pon hari baik kan bangun pon kol 4.30 pagi. Tandanya suruh aku bangun buat solat tahajud yang kebiasaannya manusia pada masa tu memang payah nak bangun sebab sedap beno megholoh(tidur) dari menunaikan solat macam ni kan..(termasuk la aku) Alhamdulillah satu petunjuk buat aku..

                     Mimpi ni pon dah berlalu 3hari dah..Alhamdulillah setakat ni takde yang pelik-pelik jadi dan mintak simpang. Aku hanya pikir ingatlah setiap dugaan,ujian yang Allah berikan kepada kita adalah tanda kasih Allah kepada kita.. So kesimpulanya selagi kita pikir sumanya positif hidup kita pasti akan menjadi positif tapi kalo kita asik pikir negatif je ape pon tak jadi kan.. betul tak? Sape-sape yang pernah alami mimpi macam aku sudi-sudi kan le kongsi(share) kat post ni..kot2 pe yang orang lain cakap tu betul ke? yela kadang-kadang kita pon tak boleh menolak kemungkinan kan. Terima ksaih la pada yang sudi membaca coret-an aku yang pendek ni.haha pendek ke? xoxo 2013 daaa....


                ***** beberapa tips yang aku sempat ingat macam mana kita nak ketahui mimpi kita itu betul @ hanya mainan tidur...

                1. Akan mimpi sekitar waktu selepas isyak & sebelum waktu subuh.(dlm lingkungan 2pg ke 3/4 pagi)
                2. Masa kita mimpi tu terus tersedar. Contoh masa ular tu patuk, korang terus terjaga dari tidur & tersentak seketika.
                3. Mimpi benda yang sama berulang-ulang.
                4. Pastikan sebelum kita tidur tu kita dah ambil wuduk dan juga suci dari hadas besar.
                Ni antara tips yang dapat aku kongsikan. Kalau korang pon penah mimpi benda mcm ni share ataupon komen la ye :)...

                Khamis, 28 Mac 2013

                LEMBUTKAN DAUN PISANG

                Daun pisang banyak kegunaannya dalam juadah setiap hari seperti membungkus nasi lemak, lepat dan sebagainya. Selain melayurkan di atas api, banyak petua tradisi lain yang boleh melembutkan daun pisang ini sebelum dibungkus. Ikuti petua ini.

                Selasa, 12 Februari 2013

                JUS BUAH NAGA



                JUS BUAH NAGA

                BAHAN-BAHAN


                • 1/2 Biji Buah Naga
                • 1 1/2 Sudu besar Gula
                • 1/2 Cawan Air
                • Ketulan Ais


                CARA MENYEDIAKAN :

                1. Buah naga dibelah dua dan ambil isinya.
                2. Masukkan isi buah naga bersama gula dan air ke dalam pengisar. Kisarkan.
                3. Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan ais.
                4. Sedia untuk dihidang.


                 INFO BUAH NAGA

                * Buah Naga kaya dengan vitamin C. Di Negara China, buah ini diambil untuk mencegah hipertensi.


                ~~SELAMAT MENCUBA~~

                BERSIHKAN SIPUT SEDUT

                Siput sedut memang enak rasanya apabila dibuat masak lemak cili api. Pun begitu jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya semua ini akan menghilangkan selera makan. Apa kata korang cuba petua membersihkan siput sedut ini. Ia mudah dan lebih menjimatkan masa mencuci. Selain tu juga kita boleh gunakan hampas kelapa yang kita dah ambil santannya untuk masak lemak kita tu.

                Read More.......

                Rabu, 30 Januari 2013

                JUS KURMA SUSU


                Jus Kurma Susu

                BAHAN-BAHAN


                • 4 Biji Kurma
                • 2 Sudu besar Susu Pekat
                • 1/2 Cawan Air
                • Ketulan Ais


                CARA MENYEDIAKAN :

                1. Belah kurma dan buangkan bijinya.
                2. Masukkan dalam pengisar bersama susu pekat dan air. Kisarkan.
                3. Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan ais.
                4. Sedia untuk dihidang.


                 INFO KURMA

                * Antara kebaikan kurma ialah ia melancarkan proses pembuangan air besar. Kandungan asid di dalam kurma membantu melemahkan asid gastrik berlebihan di dalam usus kita dan melegakan pedih hulu hati.


                ~~SELAMAT MENCUBA~~

                Sabtu, 26 Januari 2013

                HILANGKAN LENDIR BENDI

                Ramai yang berpendapat lendir bendi memberi kesan besar pada rasa masakan. Kadangkala jika tidak kena caranya, lendir akan mengurangkan rasa enak masakan. Ada cara dan petua agar masakan bendi lazat dan sedap. Cubalah petua ni.

                Jumaat, 25 Januari 2013

                HILANGKAN PAHIT PERIA


                Peria secara semula jadi memang pahit dan jika tidak kene dengan cara ia akan memberi kesan pahit yang keterlaluan selepas di masak. Kalo dah pahit semestinya la terseksa masa makan tak pon takder tros rasa nak makan kan?Bagaimana nak menghilangkan rasa pahitnya? Cubala petua yang aku share ni.. semoga petua ni dapat membantu korang...

                Read More......



                TELUR RENIH JAGUNG MANIS

                Resepi untuk sarapan pagi yang seterusnya TELUR RENIH JAGUNG MANIS. Agak lambat aku update sebab sebok siapkan kelengkapan barang2 rumah. So pada yang nak ubah selera menu sarapan pagi boleh la cuba resepi yang simple ni.

                * Saiz Hidangan untuk 2ORG

                Bahan-Bahan

                BAHAN A (TELUR RENEH)

                • 2 biji telur
                • 1 Liter Air
                • 1 Sudu Teh Cuka
                • Garam secukup rasa

                BAHAN B

                • 240gm Jagung manis
                • 2 Sudu makan susu cair
                • 1/2 sudu makan Marjerin
                • Salad campuran secukupnya


                CARA MEMASAK


                1. Untuk bahan A, panaskan air sehingga reneh, kemudian masukkan cuka dan garam. Akhir sekali masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan sehingga masak keputihan.
                2. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan. Ketepikan.
                3. Untuk bahan B, panaskan air dan reneh jagung hingga masak. Masukkan susu cair ke dalam mangkuk dan campurkan jagung bersama marjerin. Kacau sehingga sebati.
                4. Hidangkan telur reneh bersama jagung manis & salad campuran.
                5. Sedia untuk dihidang.
                ~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~

                Selasa, 22 Januari 2013

                TELUR GULUNG BERSAMA SOSEJ


                Hai lama dah rasanya tak update blog dengan resepi baru.. 2 hari lepas sebok mengaplikasikan 2 menu baru berasaskan telur untuk sarapan pagi.. So hari ni & esok, In Sha Allah aku akan update dekat korang resepi yang simple untuk menu pagi korang yer... Sekali sekala kena la tukar selera kan? takkan asik makan nasi goreng, bihun goreng, & kuih muih. Senang & mudah...! Selamat Mencuba :)

                ***Hidangan untuk 2 org***

                Bahan-Bahan

                • 2 biji Telur Ayam
                • 2 batang Sosej
                • 5gm Bawang Besar / dicincang halus
                • 5gm Cili Merah / dicincang halus (ikot suka)
                • 125 ml Susu Segar
                • Garam secukupnya
                • Minyak jagung secukupnya (nak guna minyak msk pon boleh)


                *telur korang pukul bersama susu segar.


                Cara Memasak

                1. Panaskan minyak pada pan leper dan tumis bawang & cili  merah hingga naik bau. 
                2. Kemudian perlahankan api ckit. Masukkan adunan telur.
                3. Kacau perlahan-lahan dan letakkan sosej di tengah-tengah telur lalu gulung. Biar masak baru angkat.
                4. Siap untuk dihidangkan.

                Senangkan??? tak payah guna bahan yang byk,mudah dan cepat.. :) sowi la yer kali ni aku tak sempat nak snap pic sebab simple sgt.. Next resepi aku akan post esok ye.


                Khamis, 17 Januari 2013

                CARA-CARA MENGKHUSYUKKAN SEMBAHYANG

                Hidup merupakan jambatan menuju Akhirat. Justeru seluruh perlakuan hidup dijuruskan kepada matlamat mencari keredhaan Illahi, maka sewajarnyalah setiap gerak dan langkah kehidupan itu kita jadikan sebagai wadah menunaikan tuntutan ibadah terhadapNya.

                Read More.....

                Rabu, 16 Januari 2013

                KEK


                Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..cewah!! berperibahasa bagai lak aku untuk kali ni.. sekali sekala ingat2 balik. Bahasa melayu kan bahasa kebangsaan.. walaupon takde kena mengena dengan tema resepi aku nak kongsi hari ni tapi kira boleh la ade ayat memberi tu kira ok la..hehe…

                Lambat sikit update Kek Harijadi sebab sebok sangat dok planning besday boy my Hubby. So kali ni teringin nak buat kek harijadi untuk En Suami.sangat memuaskan.. so kalo korang nak cuba buat sesuatu kelainan, boleh la salin resepi ni, tak payah salin pon xper printer kan ade,print je.hehe…

                Macam biasa la kita mulakan dengan Bismillahirrahmannirahhim…. Sediakan bahan2 & kemudian tengokla tutorial cara membuat beserta gambar ok.. kalo tak paham boleh la Tanya. So all the best!

                KEK SPAN COKLAT

                Bahan-Bahan



                Tepung Kek  –  ½ cawan (60gm)

                Garam  –  ¼ sd teh

                Serbuk Koko  –  cawan (30g)

                Telur gred A –  4 biji (aku guna 6bj telur gred C)

                Gula Castor  –  cawan (135g)

                Esen Vanila  –  1 sd teh

                Unsalted Butter – 3 sd makan (42g) *panaskan dalam microwave utk cairkan

                CARA-CARA

                Panaskan oven 180 ͦc (350 degrees)


                Sapukan butter pada Loyang kek & letakkan kertas minyak


                Bahan2 kering disatukan & diayak.

                Satukan tepung kek, garam, & serbuk koko. Gaul sebati & ayak.


                Teknik "double boiler" - teknik yang sma mcm kita nak cairkan coklat.

                Pecah telur pada bekas lain & masukkan gula castor. Kemudian buat teknik “double boiler” kacau campuran telur & gula dengan menggunakan whisky selama 5 minit.


                Masukkan adunan telur ke dalam bekas mixer & pukul dengan kelajuan tinggi dalam 3 – 5 minit sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.


                Adunan yang dah dicampur dengan tepung,serbuk koko & garam.


                Masuk pula adunan telur ke dalam bekas lain & campurkan dengan tepung yang telah diayak bersama garam & serbuk koko. Masa tuang tepung 2 kalau boleh ayak lagi. Buat teknik kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati (spt no 1).

                Lepas tu amik dalam 3 sudu besar adunan kek coklat masukkan ke dalam butter yang telah dicairkan, gaul sebati. Dah sebati baru masukkan semula ke dalam aduanan kek coklat tadi dan sebati kan aduanan (spt gambar 2)

                Dah selesai masukkan adunan ke dalam Loyang kek & siap untuk dibakar (spt gambar 3). Bila kek dah siap masak sejukkan dulu baru potong kepada 2 bahagian.

                Ni kek yang dah siap di potong kpd 2 bahagian.


                *Tips - Nak tau kek dah masak ke blom kalo korang tekan kek 2 permukaan kek tak akan tengelam,
                                 cucuk lidi tak melekat & bahagian tepi kek tak akan melekat lagi dengan bekas Loyang.
                              - Ingat jangan sama sekali silap cara membuat kek, pastikan telur di pukul dengan mixer
                                 dulu,kemudian baru masukkan ke dlm bekas lain & dimasukkan pula tepung dengan teknik kaup
                                 balik menggunakan spatula.



                Hiasan Kek Harijadi

                Bahan-Bahan

                Buah ceri yang dijual dalam botol (asingkan ceri & jus)

                Syrup cherry – 1cawan (panaskan jus cherry dengan 2 sd besar gula hingga larut)

                Whipping cream 600 ml (2 ½ cawan)

                Gula castor – 3sd makan

                Esen vanilla – 1sd teh

                Coklat & Coklat urai


                Cara Membuat Cream

                Campurkan bahan whipping cream dan gula ke dalam bekas mixer. Kemudian simpan bekas mixer tu kedalam peti ais selama 30 minit. Lepas tu keluarkan & putar pada kelajuan tinggi sehingga kembang @ kental dalam 10 – 15 minit.

                Whipping cream yang dah siap diputar sehingga kembang @ kental.


                Hiasan


                Kek span yang disapu dengan syrup ceri.


                Sapukan syrup ke atas lapisan kek span yg 1st. kemudian letak cream & buah cherry (ikot suka,aku de lebih buah kiwi 2 yang letak kiwi).

                Letak pulak lapisan kek span yang ke2 diatas nya. Sama jugak sapukan syrup & letakkan cream. Masa ni letak cream banyak ckit sebab nak ratakan cream ke seluruh permukaan kek span tadi.

                Dah siap ratakan cream korang hiasla ikot citarasa korang. Aku memang suka warna warni..baru Nampak meriah….


                Kek yang dah siap dihias..

                Selamat Mencuba Semua........