Rabu, 9 Oktober 2013

Anniversary di Fraser Hill

Anniversary aku yang ke 2 tahun kali ni aku sambut dekat Bukit fraser, Pahang. Kebetulan pulak En Hubby cuti lepas shift malam. So kiteorang decide nak pegi bercuti waktu ni,tambah pulak hari 2 hari weekday tak ramai orang & nak jalan pon senang. Kami Bertolak dalam pukul 10pg dari Slim River ke Kuala Kubu Baru. Sekarang ni nak naik ke bukit fraser tak payah dah nak ikot2 time naik & turun. Maknanya senang le boleh pegi ikot suka hati jela.hehe... Perjalanan ambil masa dalam 2jam jugak lah kalo bawak dlm keadaan bertenang.

Jalan dia jangan cakap le..sweet sgt.. sbbnya ha! sangat2 bersimpang siur,berliku-liku,bengkang-bengkok (bukan kueh bengkang ye) sumenya ade la.. Tapi dari segi keadaan jalan tar lagi ok bukit fraser berbanding dengan jalan nak ke cameron kalo ikot jalan arah tapah. Jalan dia ok lancar,cuma kena hati2 sebab jalan memang bahaya,paham 2 jela kawasan bukit2,jalan pulak berliku-liku & tanah runtuh. Yang penting masa nak naik 2 permandangan memang cantek,de kera bersama geng2 nya, air terjun & banyak pokok2 buluh berjuntai-juntai. hati2 ye..hehe...

Bila dah sampai je dekat atas 2 korang akan nampak satu arah naik sahaja ke bukit fraser,kena naik lg 9km yer. So jalan dia agak kecik la tapi jangan riso jalan sehala kan,naik sahaja, bawak tu hati2 la jalan dia kecik.
Settle je 9km, so korang akan nampak la permandangan ala-ala bandar inggeris, balai polis,pos office,klinik,hotel,banglo dan macam2 lagi la suma banggunan ala barat. Memang cantek sebab bangunan tu sendiri dah unik ditambah pulak pokok-pokok bunga yang cantek2 di tanam di sekitar kawasan tu. Rasa tenang dan damai je. Kalo nak dibandingkan pula dari segi kesejukkan, best lagi cameron highland berbanding fraser hill ni,sebab tempat ni tak sejuk pon, rasa biasa je msa aku dan en Hubby sampai tu. Entah ikot orang yang bekerja kat hotel aku menginap tu cakap kalo nak sejuk elok bercuti bulan 10. Nanti aku bagi korang tengok gambar2 masa aku dekat fraser hill ni.

Perkara pertama yang aku buat sampai je dekat sini aku pusing bandar fraser hill untuk cari bilik untuk aku & en Hubby menginap. Memula aku pergi Puncak Inn,tanya harga bilik, ok murah, tapi dia punya receptionist tak bagus, kurang information mengenai bilik yang kitaorang tanya. Nak promote bilik pon dia macam blur2, just bagi pamplet rate utk setiap bilik,bila tanya tak tahu pape. Geram jugak la sebab masa tengok agoda cantek bilik2 dia tapi sampai sana tanya budak laki tu,dia macam blur2 & cakap bilik biasa2 je,nak bilik ala2 inggeris kena amik banglo. Mak ai.. agak2 le, kami bukan nak dok bukit fraser tros adek oii.. Tapi utk pengetahuan korang aku ade tgk hotel Puncak Inn ni kat dlm tv cite "Kisah Cinta" cantik gak bilik dia lagi cantik dari bilik kat Shahzan Hotel.

Usaha diteruskan, kami pergi ke Fraser's Silverpark Resort, seriously cakap kawasan dia memang menakutkan ye, bangunan dia memang terbaek,cat dah pudar, bangunan tinggi2 tapi macam usang je, & yang paling penting msa aku pergi tu hanya ade sebijik kereta je yang parking, maknanya apa?. Memula en Hubby suh cuba tanya dulu dekat receptionist tu bape rate bilik, kitaorang punya la jenuh mencari mana la bahagian reception tu, nak tau kenapa kami xjumpa? sebabnya tanda arah ke reception tu udah tercabut sebelah weh,jd benda alah yang tergantung tu xdela kami nampak dengan senangnya. Masa nak turun bukit tu baru perasan, jd aku ape lagi tak jadi le tros nak pegi tanya. Dah la msa nak naik tu memang le ade guard house kat situ tapi orang nya tak mandang. Ha boleh korang bayangkan tak mcm mana aku tak cakap hotel ni macam berhantu je.hahaha.. Sorry 2 say ye.. tapi itu la benda yang aku nampak & aku terpaksa nyatakan ye..

Last2 kami nampak Shahzan Inn Hotel, so malas nak pikir kami masuk & tanya rate bilik, bahagian lobby dia nampak menarik & mewah, yela 3 bintang kan. Kami tanya rate bilik, pastu staff dia bg la rate bilik & terangkan ape yg ade & termasuk sekali. Yang tak tahan cara sembang pasal bilik memang taknak kalah gaya grand weh.. Golfview bagai, harga pon mahal tapi bila dapat bilik, hai la naseb badan...panas wooo kipas takde, aircond lagi la tak mandang. Takde aircond boleh la dimaafkan lagi sbb paham kalo tempat2 peranginan yang sejuk mmg macam gini tapi klo takde kipas yg disediakan dalam bilik mmg tak best le nak berbulan madu bagai. Terpaksa kol pulak room service suh antar kipas weh. Yang lagi tak boleh bla boleh sememeng je muka budak yang hantar kipas tu depan pintu bilik tunggu En Hubby bagi dia tips. Hahaha.. memang tak la sebab kami tak berpuas hati dengan keadaan bilik yang kami dapat.

Mengenai Hotel ni yang aku nak share dekat korang sume, Iron tak disediakan di dalam bilik, Iron diluar bilik. Kena kuar la ke ruang tengah untuk iron baju. Lepas tu bilik dia pon ade setengah2 je yang disediakan freeze,ade setengah takde. Jadi korang pastikan tanya dulu la. Lepas tu bilik air adela bath tub & basic facilities. Kami masa check in bilik termasuk sekali sarapan pagi, jadi tak payah susah2 nak pikir mana nak makan kan. Sarapan pagi pada aku memang tak best, memang tak banyak pilihan & tengok gaya pada caranya macam kedekot je, berbeza sangat dengan tempat yang penah aku pegi sebelum ni. Ha kelebihan Shahzan Inn hotel ni ade kemudahan bank Maybank.senang la kan nak keluarkan duet lagi.hehe... Mintak maaf la ye, ni pada pandangan & juga penilaian aku semasa dekat hotel ni. Harap dapat membantu untuk tingkatkan lagi kualiti hotel ni..

Selesai je dengan bilik, lepas solat asar kami keluar jejalan pusing pusat bandar fraser hill. Tengok ape yang menarik,bergambar sana sini. Aku de sertakan gambar utk tatapan korang sume. Ha aku nak rekemen dekat korang kalo nak makan dekat fraser hill boleh la pergi dekat medan selera fraser hill. Tak jauh pon dari pusat bandar, sebelah medan selera ada Taman kecik sesuai utk budak2 main. Aku makan dekat Arzed Restaurant. Makanan dia ok boleh tahan sedap & harga pon berpatutan tak la mahal. Masa aku lepak dekat medan selera ni tak banyak kedai makan bukak, jadi serbu jela kedai makan ni. Lepas tu jejalan kejap dekat taman.

Malam kami lepak betul2 dekat pusat bandar fraser hill. Macam biasa takde la sejuk mana pon. Kesejukkan tu rasa ckit2 je, berbeza dengan Cameron Highland. Aktiviti tak banyak sebab dekat fraser hill ni waktu malam sunyi je sume pakat dah tdo tgk gayanya. hehe.. Keunikkan waktu malam dekat fraser hill ni suasana dia ala2 klasik ckit,dari segi lampu,kerusi & bunyi2 an waktu malam memang tenang & damai la.. Esoknya kami pergi ke Allan's Water Park, Taman Flora Bukit fraser, trail2 yang ade sbg contoh Rompin Trail,Bishop trail & yg terakhir plan nak pegi tgk air terjun tapi tak kesampaian sbb jalan tutup. Jadi pada aku bolehlah kalo datang fraser hill utk tenangkan fikiran tapi kalo nak duduk dekat sini berhari2 tak payah la kot sebab takdela banyak sangat benda menarik yg boleh dibuat. Pada pendapat aku kalo pergi balik hari lagi best.. hehe..

Kat sini aku sertakan la gambar2 yang sempat ak tangkap masa berada kat Bukit Fraser ni. Aku sempat jugak singgah dekat Air terjun masa nak turun dari fraser hill ke kuala kubu baru & jugak Empangan Sungai Selangor. Boleh la korang cuci2 mata..




















Berminat dengan percutian ini ?

1 comments:

Catat Ulasan