Ahad, 14 Julai 2013

SAMOSA INTI LABU RAMADHAN

Selamat berpuasa semua... Alhamdulillah dah hari ke 5 kita berpuasa. Macam mana? mesti ok kan sebab baru lagi. Pada suri rumah 2 mesti masih maintain pikirkan nak masak ape untuk juadah berbuka. Al maklumler baru hari ke 5 berpuasa, kalo dah tengah2 tu mesti kosong minda sebab dah tak tau nak masak ape. Jadi sempena bulan puasa ni aku nak share dengan korang sume resepi untuk juadah berbuka puase.. wot wot wot... macam biasa tagline aku mudah & senang. tak payah susah2 yang penting sedap. Selamat mencuba ye...



BAHAN-BAHAN


  • 1 biji Bawang Besar - dicincang
  • 3 sd bsr Serbuk Kari
  • 2 batang Daun Kari (amik daun shj) - hiris halus
  • 5 helai Daun Pudina - hiris halus
  • 1 batang Daun Bawang -  hiris halus
  • 1 lobak merah (saiz kecik) - potong dadu
  • 1 cawan Labu - potong dadu
  • 1/2 cawan Sengkuang - potong dadu
  • Ayam / Daging 500gm - potong dadu
  • Kulit Popiah (ready made pny)
  • 1 sd teh Garam
  • 1 1/2 sd bsr Gula
  • Lada hitam secukup rasa
  • 250 ml Air
  • Air sedikit - utk lekatkan kulit popiah
  • Minyak Masak secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan ayam / daging & serbuk kari, kacau sebati. Kacau lebih kurang dalam 1 minit.
  2. Kemudian masukkan pulak daun bawang, daun kari, daun pudina, labu & lobak merah. Kacau sebati & masukkan air, garam, gula, lada hitam. 
  3. Masak selama 20 minit dalam api sederhana. Pastikan korang sentiasa kacau yer takut kang hangus bahagian bawah dah tak sedap.
  4. Bila tengok kuah dah agak-agak pekat masukkan sengkuang & kacau sebati dalam 1 minit. Tutup api.
  5. Sejukkan dulu adunan. Dah sejuk, baru letakkan inti tu pada kulit popiah & lipat bentuk segitiga. 
  6. Panaskan minyak. Goreng samosa & angkat bila dah nampak warna kulit popiah 2 kuning keemasan. Yang penting jangan hangus sudah ye.

* In Sha Allah sedap.. en suami pon puji cakap sedap :) selamat mencuba ye.. sudi-sudilah share komen kat blog ni ye.

0 comments:

Catat Ulasan