Sangat senang untuk disediakan.. Bahan tak banyak & tak susah utk dicari,dibeli. Pe lagi try la buat.kot2 nak tukar selera nak makan western plak.asik makan nasi berlauk je kan..hehe..selamat mencuba ye.
Bahan-Bahan
- 2 sd bsr Butter
- 3 cwn Mushroom
- 1/2 cwn Bawang (potong dadu)
- 1/4 Saderi (potong dadu)
- 2 sd bsr Tepung Serbaguna
- 1 ulas Bawang putih (Cincang)
- 1 sd teh Fresh Thyme
- 3 cwn Susu
- Garam & Lada Hitam
- Keju & 1/2 cwn krim (ikot citarasa)
Cara Memasak
- Guna Non stick Pan, panaskan dan masukkan butter.
- Sautee' (tumis) cendawan, bawang & saderi dalam 4-5 minit sehingga kekuningan & naik bau.
- Kemudian masukkan tepung. Kacau sebati bagi sekata, masukkan bawang putih & thyme.
- Masukkan susu sedikit demi sedikit (1 cwn, 1 cwn) sambil tu kacau perlahan-lahan dengan api sederhana dalam 20 minit.
- Angkat pan,tuangkan sup tadi ke dalam blender, kisar sup sehingga sebati utk bg smoothy lagi. Baru perasakan.
* TIPS
- Utk extra rasa sedap, boleh masukkan krim ckit utk rasa lemak2 lagi. Last nak letak cheese pon ok. Boleh hidangkan dengan garlic bread.. memang superb rasanya.. :)
0 comments:
Catat Ulasan