Isnin, 17 Jun 2013

Kek Mentega Pelangi

Raya Datang lagi..... Wah pose blom tros pikir nak raya.. Ape lagi aku pon dok pikir la resepi ape aku nak share ngn korang sume untuk hari raya ni..weeee.... Asal raya je teringat biskut raya dak? Ha! ape kata aku share ngan korang sume resepi Aneka Kek Raya dulu, lepas tu baru aku share dengan korang resepi biskut raya.. Ape lagi? amek pen & kertas salin le resepi ni... amboiii ingat ni zaman purba ke hape? tak payah susah2 copy paste print.haha.... Selamat mencuba ye.. Mudah & Cepat.


Bahan-Bahan

  • 250gm Mentega
  • 225gm Gula Ising
  • 5 biji Telur
  • 225gm Tepung Naik Sendiri
  • 3 Jenis Pewarna / Merah, Hijau, Kuning
Cara Menyediakan :

  1. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi secara perlahan sehingga sebati.
  3. Kemudian gunakan spatula, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan guna proses kaup balik hingga adunan rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan campurkan pewarna.
  5. Masukkan adunan setiap warna ke dalam loyang dan larikkan dengan lidi untuk mendapatkan corak campuran.
  6. Akhir sekali, bakar dengan suhu 180c selama 45 minit.


Tadaa... dah siap kek ni. Yang penting sedap & gebu..

0 comments:

Catat Ulasan