Sabtu, 25 Mei 2013

Romantika 3D2N Felda Residence Hot Springs

     Percutian Cinta aku kali ni dimulakan dengan bercuti di Felda Residence Hot Springs Resort. Aku tempah melalui telefon untuk 3 hari 2 malam.. Untuk semalam harga bilik RM180.00 termasuk sarapan pagi dan juga tiket ke Hot Springs Sungai Klah. Sehari sebelum nak stay 2, staff resort akan kol untuk confirm kan balik jadi @ tak menginap di resort tu. Penginapan aku kat resort tu betul2 menyenangkan dan selesa. Udara segar pagi2, angin bertiup damai & tenang je. Memang syok sangat. Mengenai lokasi, resort ni di Sungkai, Perak. Antara sungkai ke Ipoh sangat jauh ye.. sebab ape aku cakap mcm ni de 1 website untuk buat tempahan bilik ni tulis sungkai ni berdekatan dengan bandar ipoh..huhu.. 

     Cara nak pegi Exit highway sungkai, lepas tu amik kiri dan terus, akan nampak le signboard Hot Springs Sungai Klah. Kawasan nak masuk 2 memang penuh dengan Ladang Kelapa sawit. Jadi jangan lak korang terkejut atau pon risau betul ke jalan ni. hehe.. Yang penting penginapan di resort ni sesuai untuk orang yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan bandar yer. Agak2 mendap la jugak pd sesiapa yg lebih sukakan hiburan.

     Masa sampai kat resort 2 aku lewat setengah jam. Sampai je kat resort,aku terus check in & dapat kunci bilik, voucher makan sarapan pagi untuk 2 hari dan tiket masuk ke Hot Spring Sungai Klah. Aktiviti aku dan En suami tak banyak untuk hari pertama sebab kami nak merasmikan bilik yang kami dapat 2.. Masuk bilik terus je geledah ape yang patut.hehe... Bilik selesa, yang penting ade bath tub ok!. kemudahan lain yang diberikan mcm pemanas air,tuala,sejadah,seterika,television,freeze,& sabun mandi. Keadaan bilik selesa,besar,kemas & arah kiblat pon ade okay!... sgt2 memuaskan...

     Pada yang nak bercuti kat cni, makanan nye agak susah nak beli kalo di luar resort. Memang ade tapi jauh kedepan. So better makan kat cafe dia tak pon order dari bilik sudey.. Kalo order dari bilik, makanan malam 2 terhad ckit la, tak banyak menu. Kalo nak best2 kena pergi la cafe dia 2.. Dun wori cafe dia ok dan selesa..style santai gitu. Kalo korang nak mandi ke hotsprings juz jalan kaki ikot je singboard dari resort tak susah & jauh pon dari bilik.. Boleh la snap gambar yg best2. Masa kat dalam hotspring 2 rasanya tak payah la kot terasa nak makan hebat2 sgt sebab harga dia memang mahal. En hubby beli air sarsi je kot kena sampai RM4.00/cup.huhu.. tapi ingat yer masuk dalam hotsprings ni tak boleh bawa makanan termasuk telur ayam.

     Cite banyak pon tak best ye dak? so aku akan bagi korang tengok sendiri gambar2 yang sempat aku amik masa aku kat Resort ni & aktiviti aku masa kat Hot springs ni...takde la banyak tapi boleh la bagi gambaran terkini tentang resort ni pada sesiapa yang nak bercuti kat sini atau pon pada sesiapa yang tak pernah dengar tempat ni tapi nak vacation tempat yang tenang n selesa.


View sebelum msk ke dalam Resort


Front View Felda Residence Resort


Room


Santai


Bath Tub


Hot Springs - Tempat Merebus Telur


Tempat mandi manda


Makan- Makan Time


Facilities yg disediakan
   

Note: Pada sesiapa yg nak buat family vacation dekat sini sesuai gak sebab resort ni ade sediakan villa.. harga tak silap around RM500++/nite of course..siap ada private jacuzi hot spring ok.. boleh la kan klo family2 yg plan nak bercuti tempat2 mcm gini..


Berminat dengan percutian ini?

ANNIVERSARY - FRASER HILL

0 comments:

Catat Ulasan