Sabtu, 23 Ogos 2014

RESEPI NASI ARAB MANDY

Hai aloha loha leha.. Hari ni aku nak share dengan korang sume resepi Homemade Nasi Arab. Senang, Ringkas & Jimat duet. Tak payah bazir duet pegi kedai memahal semata2 nak makan Nasi Arab sepuasnya2. Tapi kalo korang jenis malas nak masak & berduet aje elok jela pegi kedai makanan Arab je. Kenyang tu dah tentu-tentu lah & yang penting tak penat. hahaha.. Ade orang bagitau kalo dekat Ipoh Nasi Arab yang best dekat dgn area Taman Merdeka (MG) @ pon 1 baris Restorant Vanggey. Yang ni org cakap lagi sedap dari Kedai nasi arab dekat area Kinta Riverfront. Apelagi moh le kita cuba Resepi ni ye...

NASI ARAB MANDY



Bahan- Bahan Ayam :


  • 1 ekor ayam - dibelah 2 & cuci bersih
  • 1/2 tsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp serbuk Kabsa ***
  • 2 bj bawang besar - hiris bulat besar
  • 1/2 bj lemon - Hiris nipis
  • sedikit safron / pewarna kuning
  • sedikit olive oil


***Rempah kabsa (homemade)

  • 1 tbs bunga cengkih*
  • 1 tbs lada hitam*
  • 1 tbs jintan manis*
  • 1 tbs jintan putih*
  • 2 tbs biji ketumba*r
  • 1 tbs buah pelaga*
  • 1 tbs buah pelaga hitam*
  • 1 tbs serbuk cili
  • 1 tsp serbuk kunyit

Cara buat rempah Kabsa -  Goreng bahan bertanda * tanpa minyak sehingga naik bau & angkat. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur. Simpan dlm bekas kedap udara utk penggunaan seterusnya.
**sekiranya buah pelaga hitam takde, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa shj.


Cara Penyediaan Ayam :

  1. Gaul rata ayam dgn semua bahan rempah, garam, olive oil & safron. Perapkan dlm 15 minit, lagi lama lagi sedap. 
  2. Balutkan dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bwg besar & lemon di atas foil td & letakkan ayam diatasnya. 
  3. Tutup ayam tersebut dgn aluminium foil & bakar pd suhu 250'c selama 1jam. Pd 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. 
**semasa ayam dibakar ayam akn mengeluarkan air. selepas 45 @ 50 minit buka foil & keluarkan airnya & bakar semula ayam tersebut dlm 10 minit lg. ***kuah dr ayam td aku campurkan safron sblm masukkan ke dlm nasi tapi jgn masukkan semua plk ckit2 je sbb lebihan air ni boleh tuang atas ayam msa dihidangkan nnt baru la moist2 gitu.


Bahan - Bahan Nasi :


  • 4 cwn/pot beras basmathi - rendam 20 minit / 1jam & toskan
  • 3 tbs minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air @ secukupnya
  • 1 bj bawang besar -  hiris halus
  • 3 ulas bwg putih -  hiris halus
  • 1 inci halis - hiris halus
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis- 1btg kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 bj buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning/safron (campurkn ke dlm air lebihan ayam) & garam
  • Seketul Arang size kecik dibakar & 1 sudu Minyak Masak


Cara - Cara Penyediaan Nasi:

  1. Panaskan minyak tumis rempah, bawang, halia hingga harum & bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar & masukkan pula air sehingga mendidih. 
  2. Bila mendidih, tutup api & tuang ke dlm rice cooker . Masukkan pula beras & garam. Kacau rata & masak spt biasa. 
  3. Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi & letakkan aluminium foil. Masukkan 1 sudu minyak & arang yg telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit spy aroma asap arang meresap ke dlm nasi. 
  4. Buka semula tudung periuk & keluarkan aluminium foil bersama arang td. 
  5. Titiskan 2- 3 titik pewarna kunig @ bancuhan air safron ayam td, kacau/gembur nasi. Siap & sedia utk dihidang.


Sos

  • 1 bj tomato merah -  hiris
  • 5 bj cili besar hijau (nak pedas tambah lagi) - hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar - hiris halus
  • Garam 
  • Gula 
  • Perahan Lemon
Cara Penyediaan :

Kisar semua bahan dengan air perahan lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Semoga Berjaya ye kekawan semua masak Nasi Arab... Jangan lupa tulis komen2 di ruangan yg tersedia.
Kredit - umilzz

Jumaat, 8 Ogos 2014

BULAN MADU DI PULAU PERHENTIAN KECIL

Selamat Hari Raya pada kawan-kawan blogger ku semua..maaf zahir batin ye, kot2 la ade yang tersingung terkecil hati ke sepanjang penulisan aku di blog ni. Minta di ampunkan ya. Sekian lama dah tak update blog pasal cuti-cuti Malaysia, hehe... Padahei baru je lagi cuti-cuti malaysia dekat Pangkor. Ha kali ni iolls nak story mory percutian di Pulau Perhentian Pakej Honeymoon gitu.. Seronok gila tapi blom tahap gila la,cuma agak menggila masa naik speed boat macam nak tercabut nyawa wooo.. hehe. P/S make sure bawak baju packing betol2 takpon pakai beg kalis air lau tak basah la baju jawabnya & takyah la guna beg AF jenuh nak angkut.

Ok Jom mulakan pengembaraan bersama walaupon dah berbulan lepas. Macam Upin Ipin lak hehe.. Semuanya aku booking dekat Shari-La Island Resort bulan 6 hari tu. Memula aku survey dulu dekat agoda, bilik-bilik yang sesuai untuk berbulan madu. Pada aku Shari-la Island Resort memang terbaik la, tak tipu bilik super duper best!. Korang boleh search tengok kat page Facebook Shari-la Island Resort. Situ sume ade,pakej ape yang korang minat nak booking, korang pilih dah berkenan tros je kol buat confirmation lepas tu email la details sume dekat pihak resort.

Aku & En Husben pilih utk drive sendiri dari slim river ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Penat jangan cakap la memang rasa nak tercabut pingang dibuatnya tapi lebih selesa la, senang nak berhenti rehat mana2 lepas tu kalo nak beli barang ikot suka nak penuh banyak mana bonet keta tu. Memang penuh la bak hang! haha... Kami pilih untuk pegi sana awal sehari sebab riso En Husben penat drive. Sampai je di Besut area jeti tu banyak jugak pilihan hotel & motel yang murah2 sesuai dengan budget rendah nak stay, sementara nak tunggu esok. Macam kami stay kat hotel budget Nan, ade lagi 1 guest house tapi tak berapa selesa la sebab bilik air kena kongsi. Nasihat kami kalo pegi time cuaca panas seeloknya booking bilik yang ade aircond bkn kipas sebab risiko bilik tu macam berada dalam sauna, ape pon tak boleh..

Malam kami makan dekat Restoran Ikan Bakar Zul boleh guna waze utk cari. Yang ni kawan yang rekemen, memang tak tipu sedapnya sampai menjilat jari. Memula tu pelik gak sebab restoran ni takde jual macam tomyam ke kangkung goreng belacan ke untuk menu sampingan, yang ade cuma ikan,udang & sotong yang fresh korang pilih & bagi  diorg masak. Tapi bila makanan yang dipesan dah sampai tros paham kenapa menu utama yang diorang jual hanya bakar2 shj. Sebabnya ikan bakar dia dah siap masak dgn kuah sambal,jadinya makan nasi putih panas-panas tambah plak sos sambal & jugak sos kicap memang terangkat la bak hang!

Esoknya kami naik speed boat yang menggila tu pukul 11pagi under Shari-la Island Resort pny boat. Parking kete kiteorg suruh je pekerja Shari-La setlekan. Memang mahal la sehari RM10, padahal boleh je dapat murah lagi kat tempat lain,tapi nasib baik En Husben mintak gak diskaun dekat brother tempat parking tu dapat la RM 25.Jadila dari takder kan. Sampai je dekat sana view dia memang cantik sangat2. Lepas selfie2 tros tuju ke receptionist Shari-La Island Resort. Macam kami amik pakej Honeymoon so bilik dia takdela ramai yang booking, macam bilik standard room ramai yang kena tggu kol 3ptg bru boleh check in. Kami tunggu dalam setengah jam dah bley masuk bilik dah. Bilik kami suite room memang besar la katil queen pon sampai 2. Puas hati betol la bilik resort tu bersih,teratur & kemas sampai rasa taknak balik pon ade.hahaha.. Wifi disediakan dekat lobby. Kalo korang yang jenis amik pakej internet nset tu pakat tak boleh gunala masa kat cna, line tak berapa bagus.

Lebihnya pekej kami amik ni makanan sume tak payah susah hati,gundah gulana dah sebab sumenya termasuk sekali. Dalam Pakej ni dah termasuk makan pagi,tengahari,petang & malam, kira cukup la makan perot pon senang hati. Termasuk jugak sekali Snorkelling 3 point, Round Island, BBQ Dinner, Candle Light Dinner, Gift & Fruit Basket. Macam gift pihak resort akan bagi msa balik bila dh sampai dekat jeti kuala besut & Fruits Basket diorg bagi msa hari kedua dekat resort. Tapi makesure masa sampai tu korang tanya & double check riso diorang tu lupa,lau tak rugi la kan dah bayar mahal2 tak dapat spt yang dijanjikan.

Aktiviti untuk hari pertama lepas makan, kami mandi laut dulu la sampai puas, agak2 lapo balik, boleh terus makan petang plk. Tapi agak sedih jugakla sebab tak dapat tengok sunset petang tu, so balik bilik tros rehat2kan diri siap2 utk candle light dinner(CLD). Ha nak bagi tau yang sunset ni boleh tgk dekat Shari-La Island Resort je. Special jugak CLD kami, jauh ckit dr tempat org lain makan. Lepas tu semestinya la penuh dengan lilin, sweet gitu.. Rasa macam zaman2 bercinta dulu2 plak walaupon dah 3tahun usia perkahwinan kami. Doakan kami mudahan-mudahan dikurniakan zuriat ye kawan-kawan. Amin...

Hari ke-2, Lepas je pergi bekfes tros bersiap utk pergi snorkelling pukul 10pg. Wah excited kata kau,yela 1st time kan tak penah menyelam nengok ikan real2 dalam laut peh 2 laut dalam pulak..pergh masa memula 2 memang gerun En Husben je yang berani, harapkan aku takat pegang2 bot lepas 2 main2 ikan dekat sekitar kawasan bot jela yang mampu.hahaha.. At least tak dela malu sgt bila post dekat Fb kita je dok atas boat.bahahaha... masa memula menyelam tu jangan kenang le air laut macam air mineral aku telan tak sedap pon jadi sedap sebab rasa macam lemas je. Pakcik boat 2 sabit aku dah bayar je lau tak mao aku ditinggalnya sebab jenuh ajor tak pandai2! kikikiki....

Selesai snorkelling dalam kol 2ptg lepas makan tengahari tu tros naik boat kecik tu lagi dengan pakcik yang sama buat aktiviti round island. Yang ini memang tak tipu sangat2 menakutkan & ngeri ye adik2 sekalian. ni bukan takut macam tgk cite hantu tapi macam nyawa 50/50 je atas air laut tu. Ombak dia memang sgt2 beralun & tinggi asenya klo ade kapal torbang lalu masa tu mao ak lambai tangan mintak amik masa tu jugak. Sampaikan terpikir2 kenapala aku pilih untuk buat round island ni. En Husben pon cuak gak tapi still tunjuk kemachoan ye..hahaha. Best part lagi dr ase hebat memula 2 taknak pakai life jaket tros pakai kot sebab risau kot2 lemas ade jugak jaket ni penyelamat aku boleh la takat2 nak selamatkan En Husben. Ha boleh imaginekan tak macam mana seramnya buat round island tu.

Abis je aktiviti petang tu, malam lepas dinner tros jejalan tepi pantai amik udara segar & planning nak pegi ke long beach area. Jangan risau ni jalan kaki je. Ikot kn kpd nasihat pakcik boat tu 15 minit je jalan kaki, bila kami pegi mak ai 1/2 jam ye berjalan nak kesana sebabnya jalan dia mencabar woo kena panjat bukit tapi jalan nya simen batu la takde le tanah je. Penatnya memang tak terkata.mao turun sekilo pegi sekilo balik. Tapi long beach ni utk mat saleh sesuai la. Sampaikan masa kami dah sampai kat ctu pon rasa macam bukan dekat malaysia dah. Pepaham sudah la..hahaha. Sini tempat untuk berhibur bila larut malam tara kucar char boleh la klo korang nak pegi.

Hari ke -3, Last day macam biasa mandi & mandi lagi lepas 2 siap2 packing barang mao pulang. Sekali lagi naik speed boat dalam pukul 12tghhari lepas check out pukul 11pagi. Kali ni bukan ckit pny speed begini ssssssppppppeeeeeeeeddddddddddd nya!! nyaris2 terbalik woo boat kami naik. Pada2 la pon nak race ye adik nyawa ade satu je bukan blh refill mcm candy crush. Sampai je dekat jeti amik kete tros pegi cari kopok lekor yang kawan rekemen lagi dekat2 area situ. 

Nama kopok lekor tu kedai kopok lekor Lan dekat dengan jerat cina lama.Guna waze dlu  lepas tu agak2 sesat tak jumpa tanya dekat org ctu. Sila tanya pada orang yang dah berumur ye kalo tanya pada budak muda dia akan jawab "eh ade ke,xpenah dengor pon, rasanya takda"(translate dlm kecek kelate deh) hahaha... kopok lekor ni memang super duper sedap! sebatang RM 1.00. Kat ctu sos cili ke kopok kering ke sume ade jual. Ha lagi satu nak rekemen makanan yg sedap, sata & otak-otak betul2 tepi jalan klo kita kuar dari jeti besut amik sebelah kanan akan nampak org berniaga sata, jangan lupa singgah beli ye memang sedap bak hang! murah je pong. puas hati la klo beli.

Jadi sampai kat cni jela perkongsian pengalaman bercuti di Pulau Perhentian dengan Pakej Honeymoon. Ape pon pengalaman stay 3D 2N dekat Shari-la Island resort memang 5bintang la.. Makanan pon ok tempat tinggal ok servis ok pantai pon ok semuanya ok la..Nak nasihat ckit,kalo pegi perhentian kecil ni elak kan la pegi sana tanpa booking dulu, lau tak jadi macam sorang couple ni dok usung beg AF kecna kemari cari bilik yang still available lg. Cari pulak dekat Shari-La Island Resort memang pakat takde la. Lagi satu dekat Shari-la Island resort la tempat mandi yang aku tengok betul2 sesuai nak mandi sbb pantai dia luas ckit, takde boat yang parking2. Air betul2 jernih siap boleh tengok sunset lagi petang2. Kalo rasa nak pegi long beach pon ok jugak cuma macam pakcik boat tu cakap sana byk style2 ala2 mat saleh lepas tu air laut dia tak dalam sesuai jugak mandi2 gelapkan badan.hahaha..

Sesiapa yang ade pengalaman @ pon nak share apa2 tips dekat Pulau Perhentian Kecil boleh la tulis dekat ruangan komen ye. Pada yang rasa nak murah better booking bilik dekat agoda je sbb byk jugak harga diskaun tapi makan sume tak termasuk la. Macam hari tu masa pergi tu ade la sembang dengan abg boat tu dia cakap klo nak budget pon blh pegi 3D2N under dia dlm RM300-350 per person sume ade duduk Resort Shari-La. Klo nak no brother ni boleh la email dekat saya ye.. Jangan risau tak dapat komisen pon. hehe.. Selamat Bercuti semua ye... Tunggu next entri utk next vacation pulak.. Da Da Da......





Kedai Ikan Bakar Zul berdekatan dengan Jeti Kuala Besut


Nasi Putih + Ikan Kerapu Bakar


Bilik Suite Room - 2 Queen Bed


Suite Room Shari-La Island Resort


CDL 3rd Years Anniversary


Sunset


Air Laut Waktu Pagi




Snorkelling




Bro yang expert berenang





Perhentian Kecil



Round Island


Lunch


BBQ Dinner


Morning Breakfast


Peace + Selfie Sebelum Check in

Jumaat, 28 Februari 2014

Pulau Pangkor Adalah percutian aku

Percutian ke Pangkor kali ni sangat senang & menjimatkan..Jimat pon boleyyy..hehehe.. Kalo tambah tolak darab bahagi sume boleylah takdela mahal pon. Klo korang nak rase angin2 laut,bunyi2 ombak, kat pangkor pon boley pada yg nak save budget le.. nak pegi langkawi jauh bebeno.. hahaha...

Aku & En hubby sampai je kat jetty lumut tros letak kereta dekat "parking berbayar". Tempat ni cas 1jam 0.60sen.Memula tgk memang mcm murah kan? kan kan kan.... jangan lupa ye guna calculator (otak @ handset) bkn 8jam ye tapi 24jam & mungkin lebih. Ni pada yang nak stay dekat pangkor 3hari 2malam ke tak pon 2hari 1 malam ke.. Terpulang le pada korang. Tapi pada ak 2hari 1 malam pon dah cukup.Masa balik nak bayar parking kete tu tak payah la susah2 korang nak gebek mesin bayar tiket tu sebabnya nanti masa keluar dari parking kete tu diorang ade sediakan satu kaunter dekat tingkat bawah sekali untuk buat bayaran lagi senang.

Lepas tu tros beli tiket, tak payah susah2 sbb dekat2 ctu ade je org nak jual tiket ferry. Jangan risau tiket sume harga sama cume tak bape paham nape la ramai sgt org dok berebut nak jual tiket tu.. mungkin sebab dapat komisen la tu.. untungggg... hehe. Harga tiket pergi balik RM10.00 seorang. Ape lagi dah dpt tiket pegi le duduk kat tempat tunggu jeti tu.. masa ak pegi tu dalam kol 11.30 pagi naik feri dalam kol 12.00 tghr. Pada yang nak pegi Pangkor tu balik hari elok la pegi awal2 pagi sebab klo dah tengahari bru nak naik feri baik lupakan jela niat tu ape benda nak wat kat sna klo kejap je petang dah nak cabut..hehehehe

Sampai je dekat jeti pangkor tros amik teksi aka van. 1 van  RM10.00, gasak kome le nak pegi celah mana korang pnya chalet,hotel @ resort. Ingat harga ni bukan pegi balik ye macam tiket feri tu..pegi sahaja balik lain cite,bayar Rm 10.00. Lepas tu tros aku & En Hubby check in dekat Puteri Bayu Beach Resort.Sepatutnya check in kol 3ptg tapi dah sampai awal naseb la villa dh ade time tu so dapat la kami beristirehat..cewah! ayat skema.

Lepas je solat zuhur tros je kami terjah pantai.. Yang best resort kami ni pantai memang dekat je & ade privacy tok kita, memang berbeza la dekat teluk batik tak pon kalo kat pangkor, dekat area teluk nipah tu jenuh nak berebut tempat,dekat sini tak payah nak gelut gelimat sgt ye..banyak tempat korang leh bentang tikar berkelah pon boleyyy..hahaha... Pasir pon bersih je, takde sampah syok je mandi air laut takde gatal2 badan. Depan Resort kami plk boley tgk pulau yang ade resort terapung atas air tu.. memang cantik tambah lak klo tgk msa waktu malam cantek! harga pon yang pasti lagi cantek..!

Resort kami stay ni dari ape yang aku tengok & buat panggilan utk tempahan bilik, dia banyak pilihan bilik hotel & villa. Kalo bilik hotel better la jangan amik standard room sebab kecik je risau korang nak solat susah takde ruang. Pada aku baik korang amik superior room, harga tak silap aku mahal lebih ckit la dalam RM 30 @ pun RM 40. Korang search la google tgk dia pnya website. Beli Agoda mahal lagi tak silap aku. Macam aku stay dekat villa nak merasa Honeytodamoon katakan.. RM 280 garden view.memang best!sekali bekfes. Bekfes lak pada aku ok,banyak menu kenyang perut senang hati.hehe...

Selesai bab resort, Jom aku story pasal part pangkor. Petang tu kami jalan2 cuci mata sambil tgk org main banana boat,ski & macam2 lagi la aktivit air. Jangan risau sume ade yang penting duet pon kena adela..hehe.. Lepas tu kitaorg terjah la mandi air laut, seyes cakap mmg best air bersih,jernih siap boleh jumpa tapak sulaiman versi baby2 lagi terdampar..agak teruja bagi org macam aku yg jarang jumpa..hahaha... Lepas je mandi laut tros g shower terbuka yang disediakan khas pd tetamu resort untuk bersihkan diri sebelum nak terjun kan diri dalam pool ataupon tros balik ke bilik masing2. Pool dia best gak ade yang dalam, yg tak berapa dalam bg org dewasa & pool utk kanak2 pon ade. Jangan la yg dewasa pon nak terjah tang situ..sian kanak2 yang melihat.hehe...

Sebelah malam kami keluar jejalan kaki pegi kawasan kedai2 makan & tempat2 orang jual barang2 cenderamata. Jangan risau pada yang taknak makan dalam resort korang boleh keluar jalan ckit nanti jumpa la kedai serbaneka,kedai makan ikan bakar,kedai yang jual pelbagai jenis cenderamata & kedai yang sediakan khidmat sewaan motorsikal @ pon basikal. Malam tu kitaorang just lepak kedai makan & jalan2 cuci mata, last sekali kami pegi jalan tepi pantai. Yang best masa tu ramai jugak orang yang melepak tengok abg2 memancing & masa tu ape aku perasan air tengah pasang, memang nampak ketara la.

Esoknya pagi2 lagi kami tros pegi breakfast yang sememangnya puas hati & kenyang amat sgt. Macam2 makanan yang disediakan,boleh dikatakan puas hati la, rasa pon tak menghampakan kami berdua. Selesai je makan kami paksa diri utk jalan2 lagi nak bagi makanan tu cepat hadam la konon..hahaha... Target utama kami nak pegi sewa moto dalam 2jam utk jalan2 sekitar pangkor sebelum checkout resort & balik. Kami sewa motorsikal tu dalam 2jam RM20.00 & motor tu memula nampak ok,baru la tapi lepas bawak pepaham jela motor yg digunakan macam2 org tayar gelong, paling best part msa nak naik bukit turun bukit menghala ke Teluk nipah perghh...!!! ase lagi elok tolak je kot dari naik,moto takleh pickup!ceh indah rupa dari guna.hahaha..naseb motor sewa bedal aje la tipah oiiii...walaupon terkemut2 nak naik mentang2 la laki bini sehat.hahahaha...

Teluk Nipah ape yang aku perhatikan kawasan nya lebih meriah lagi sebab kat sini ramai yang wat trip berkumpulan. Lepas tu banyak jugak kedai2 makan,kedai2 cenderamata yg jual macam2 jenis keychain, fridge magnet, baju & macam2 lagi la. Kat area cni memang tak payah risau la bab makan, macam2 ade. Yang bezanya dengan kami kat pasir bogak 2 cna pantai dia memang tenang & tak ramai org berbanding teluk nipah ni ramai jugakaku tengok orang kat pantai mcm takde tempat pulak nak beradu domba. Lepas tu aku tengok banyak jgk chalet,homestay,hotel budget yang murah2 berbanding dekat pasir bogak.

Lepas tu kami ke pekan, tapi tak sure la tempat ni betul ke tak dipanggil pekan sebabnya tempat ni aku tengok mcm2 kemudahan ade. Ala pekan yang aku cakap ni tempat korang sampai kat jeti pangkor tu. Kami masih lagi tengok kedai2 yang jual mcm2 jenis cenderamata dari baju sampaila brg2 hiasan rumah,macam2 design ade. Pilih je siap ade diskaun lagi. Kat sini jgk ade bank, senang la kalo nak kuarkan duet. Selain tu ade jugak kedai2 yang jual makanan laut yg kering basah sume nya murah2. Pada aku baik korang beli dekat pangkor,jangan sampai lumut baru nak beli sebab aku rasa lagi mahal. Murah & banyak,siap boleh tawar menawar lagi. Agak kecewa ckit sebab kami tak sempat nak pegi tengok tempat besejarah kat pangkor tu. tapi takpe tak kesah pon sebab hati dah bunga2 dapat beli macam2 barang.hehehe...

Cukup je masa utk checkout aku mintak tolong staff resort tu tel teksi untuk anta kami ke jeti pangkor. Bayaran tetap sama RM 10.00 utk satu teksi. Lepas tu masa nak naik ferry tu jangan lupa keluarkan tiket msa memula sampai dkt pangkor & tunjuk pda orang yg cek tiket tu. So pada kekawan yang teringin & bercadang nak bercuti ke pangkor tu, harap2 perkongsian info utk bercuti ke pangkor ni dapat la membantu korang... Selamat bercuti ye...







Berminat dengan percutian ini?