Jumaat, 25 Januari 2013

TELUR RENIH JAGUNG MANIS

Resepi untuk sarapan pagi yang seterusnya TELUR RENIH JAGUNG MANIS. Agak lambat aku update sebab sebok siapkan kelengkapan barang2 rumah. So pada yang nak ubah selera menu sarapan pagi boleh la cuba resepi yang simple ni.

* Saiz Hidangan untuk 2ORG

Bahan-Bahan

BAHAN A (TELUR RENEH)

  • 2 biji telur
  • 1 Liter Air
  • 1 Sudu Teh Cuka
  • Garam secukup rasa

BAHAN B

  • 240gm Jagung manis
  • 2 Sudu makan susu cair
  • 1/2 sudu makan Marjerin
  • Salad campuran secukupnya


CARA MEMASAK


  1. Untuk bahan A, panaskan air sehingga reneh, kemudian masukkan cuka dan garam. Akhir sekali masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan sehingga masak keputihan.
  2. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan. Ketepikan.
  3. Untuk bahan B, panaskan air dan reneh jagung hingga masak. Masukkan susu cair ke dalam mangkuk dan campurkan jagung bersama marjerin. Kacau sehingga sebati.
  4. Hidangkan telur reneh bersama jagung manis & salad campuran.
  5. Sedia untuk dihidang.
~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~

0 comments:

Catat Ulasan