CUTI CUTI MALAYSIA


CAMERON HIGHLAND 2012

Hai semua..terasa mcm nak update pasal percutian ke Cameron Highland(CH) la...so ayat takyah la skema sgt ye :). Aku pergi CH tahun lepas 2012,sehari je tak menginap pun dekat Cameron Highland.Aku start perjalanan dari Slim River ke Tapah, aku ikot jalan lama means bukan highway,yela lagi pun bkn jauh mana pon. Saje nak amik udara segar & perjalanan yg tenang..hihi..merapu sekejap.

Serius cakap ikot jalan dari Tapah ke CH mmg pening kot!.Nak tau kenapa? ha jalan dia mmg tak ingat punya bengkang-bengkok, sangat-sangat berbeza berbanding jalan dari Simpang Pulai ke CH..mak ai pening & agak mengerunkan ckit la jalan penuh bukit & tanah runtuh la katekan..tp yang best permandangan persekitaran ikot jalan dari arah Tapah agak menarik berbanding dari arah Simpang Pulai.

Kalau korang rasa macam nak beli barang-barang Kraftangan buatan Orang asli, ok jugak kalo korang naik @ turun dari arah Tapah. Contohnya diorang de jual mcm2 barangan kraftangan spt tudung saji,barang2 perhiasan rumah dll,petai pon ade(haha),rebung madu,madu asli & mcm2 lagi la..korang gak leh snap gambar rumah2 orang asli kat sana mmg unik sangat.tapi aku tak sempat nak snap sebab terlalu pening dgn  keadaan jalan sampai tak mampu nak buat ape dah.hihi...

Tempat pertama yang aku singgah Ladang teh "CAMERON BHARAT PLANTATIONS"..Permandangan yang sangat mengujakan buat aku. Cantik dan sangat luas ladang teh tu..(hihi jakun jap!).aku round & snap picture banyak2 dari atas smpai la turun bukit ladang teh. Bahagian bawah bukit tu ade macam tempat rekreasi utuk pengunjung2 yang datang. lepas dah penat, aku lepak kat Cameron Vallet Tea House menikmati teh panas2 & Strawberry Cheese cake sambil menikmati udara segar & sejuk..fuhhh memang best, tapi harga makanan pon best la jugak.hihi :).Ikot suka korang la nak set tea @ pun set asing2.

Lepas tu kami ke destinasi seterusnya untuk memetik buah Strawberry..wehuu..ni adalah perkara wajib yang aku patut buat petik sendiri buah strawberi.mmg puas ati sebab kita boleh pilih buah besar2.Aku pergi ke Raju Hill strawberry farm,sebenarnya banyak tau tempat2 yang de jual strawberi ni tapi ade setengah ladang dia besar n setengah 2 kecik je.Ladang aku pergi ni agak besar & puas ati untuk hand pick strawberry.Aku just mintak kat kaunter bekas plastik,1 bekas plastik 2 harga RM 25.00 (utk petik sendiri).Kalau korang tak nak petik pon tak per dia ade jual 1 pek kecik RM 10.00 & pek besar sikit RM 15.Tapi yang ni xleh petik la dh ready made..Macam2 lagi di jual kat farm ni candy,ice cream, souvenior, & macam2 lagi la sumenya majoriti dari strawberry.Ade duet sumenya On.hehe..

Selesai memenuhkan perut & tangan dgn barangan strawberry, kami melangkah ke destinasi seterusnya kedai bunga.sori tak ingat nama kedai 2 tapi dia betul2 atas bukit.Nak gtau 1 tips ckit..korang jgn risau kalo korang terlepas 1 kedai,depan 2 berlambak lagi kedai yang jual barang2,bunga,strawberi,sayur2 & lain2 lg..hihi belajar dari kesilapan takut nanti menyesal plak sebabnya beli kat kedai sebelumnya harga lagi mahal dari kedai seterusnya..

Habis je membeli bunga2 untuk hiasan rumah,ak terus bergerak ke Pasar Malam Brinchang.Best sangat sebab dapat borong sayur mcm2 jenis,segar2 gitu..so tahap tak ingat le beg plastik cina 2 bagi penuh ha,balik umah peti ais dah penuh barang CH..Sayur kat CH memang murah-murah amik 8 paket RM 10. Bergantung pada kebijaksanaan kita utk tawar menawar le.Selesai bab sayur berjalan lak kat sepanjang street 2 ade lak jual bantal2 strawberry yang cute miut..aku beli la bantal 1 jenis utk perhiasan kereta,siap tawar menawar lagi,tu semestinya..

Sebok je jalan2 mencari barang cuaca pulak tak mengizinkan hujan lebat sangat,hujan rahmat.So aku pon ambil kaki cabut le balik..ak balik kali ni ikot arah Simpang Pulai,jalan dia mmg OK, tak la pening mcm jalan dari arah Tapah.Masa turun 2 mcm2 lagi ade ladang sayuran,candy farm dan mcm2 lagi la cume xsempat singgah.Sebenarnya banyak lagi tempat aku tak explore,tp takper next time Cameron Highland I will come back again!.So pada sape2 yang nak bercuti ke Cameron Highland ni sila sila la sbb pemandangan di Cameron Highland ni mmg cantek,sejuk,udara segar & boleh tenangkan fikiran yang kusut.So selamat bercuti kepada yang merancang nak ke CH ya..

Ni la antara gambar2 yang sempat aku snap msa dkt CH.


Ladang Teh


Lepak Minum Teh Panas2


Resort yg cantek


Permandangan Ladang Teh  dr Atas Bukit & bawah 2 la Taman Rekreasi


Sempat gak kami jejalan kat Pasar Malam Brinchang


Ladang Strawberi,Ladang Bunga & Jualan Borong Sayur-sayuran


Buah Strawberi yang wajib dibeli setiap kali datang ke CH-Raju Hill Strawberry Farm


Macam2 jenis bunga kaktus ade ha!pilih je mana nak.murah2..


Ini antara pokok yang boleh dibeli di CH.Cantek sgt..