Tangan yang memberi lebih baik dari
yang menerima..cewah!! berperibahasa bagai lak aku untuk kali ni.. sekali
sekala ingat2 balik. Bahasa melayu kan bahasa kebangsaan.. walaupon takde kena
mengena dengan tema resepi aku nak kongsi hari ni tapi kira boleh la ade ayat memberi tu kira ok la..hehe…
Lambat sikit update Kek Harijadi sebab
sebok sangat dok planning besday boy my Hubby. So kali ni teringin nak buat kek
harijadi untuk En Suami.sangat memuaskan.. so kalo korang nak cuba buat sesuatu
kelainan, boleh la salin resepi ni, tak payah salin pon xper printer kan ade,print je.hehe…
Macam biasa la kita mulakan dengan
Bismillahirrahmannirahhim…. Sediakan bahan2 & kemudian tengokla tutorial
cara membuat beserta gambar ok.. kalo tak paham boleh la Tanya. So all the
best!
KEK SPAN COKLAT
Bahan-Bahan
Tepung
Kek – ½ cawan (60gm)
Garam – ¼ sd teh
Serbuk Koko – ⅓ cawan (30g)
Telur gred A – 4 biji (aku guna 6bj telur gred C)
Gula Castor – ⅔ cawan (135g)
Esen Vanila – 1 sd
teh
Unsalted Butter – 3 sd makan (42g) *panaskan
dalam microwave utk cairkan
CARA-CARA
Panaskan oven 180 ͦc (350 degrees)
Sapukan butter pada Loyang kek &
letakkan kertas minyak
Bahan2 kering disatukan & diayak.
Satukan tepung kek, garam, &
serbuk koko. Gaul sebati & ayak.
Teknik "double boiler" - teknik yang sma mcm kita nak cairkan coklat.
Pecah telur pada bekas lain &
masukkan gula castor. Kemudian buat teknik “double boiler” kacau campuran telur
& gula dengan menggunakan whisky selama 5 minit.
Masukkan adunan telur ke dalam bekas
mixer & pukul dengan kelajuan tinggi dalam 3 – 5 minit sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.
Adunan yang dah dicampur dengan tepung,serbuk koko & garam.
Masuk pula adunan telur ke dalam bekas
lain & campurkan dengan tepung yang telah diayak bersama garam & serbuk
koko. Masa tuang tepung 2 kalau boleh ayak lagi. Buat teknik kaup balik menggunakan
spatula sehingga sebati (spt no 1).
Lepas tu amik dalam 3 sudu besar
adunan kek coklat masukkan ke dalam butter yang telah dicairkan, gaul sebati.
Dah sebati baru masukkan semula ke dalam aduanan kek coklat tadi dan sebati kan
aduanan (spt gambar 2)
Dah selesai masukkan adunan ke dalam
Loyang kek & siap untuk dibakar (spt gambar 3). Bila kek dah siap masak sejukkan dulu baru
potong kepada 2 bahagian.
Ni kek yang dah siap di potong kpd 2 bahagian.
*Tips - Nak tau kek dah masak ke blom kalo korang tekan kek
2 permukaan kek tak akan tengelam,
cucuk lidi tak melekat & bahagian tepi
kek tak akan melekat lagi dengan bekas Loyang.
- Ingat jangan sama sekali silap cara membuat kek, pastikan telur di pukul dengan mixer
dulu,kemudian baru masukkan ke dlm bekas lain & dimasukkan pula tepung dengan teknik kaup
balik menggunakan spatula.
Hiasan Kek Harijadi
Bahan-Bahan
Buah ceri yang dijual dalam botol (asingkan ceri & jus)
Syrup cherry – 1cawan (panaskan jus cherry dengan 2 sd besar gula
hingga larut)
Whipping cream 600 ml (2 ½ cawan)
Gula castor – 3sd makan
Esen vanilla – 1sd teh
Coklat & Coklat urai
Cara Membuat Cream
Campurkan bahan whipping cream dan gula ke dalam bekas mixer.
Kemudian simpan bekas mixer tu kedalam peti ais selama 30 minit. Lepas tu
keluarkan & putar pada kelajuan tinggi sehingga kembang @ kental dalam 10 –
15 minit.
Whipping cream yang dah siap diputar sehingga kembang @ kental.
Hiasan
Kek span yang disapu dengan syrup ceri.
Sapukan syrup ke atas lapisan kek span yg 1st. kemudian
letak cream & buah cherry (ikot suka,aku de lebih buah kiwi 2 yang letak kiwi).
Letak pulak lapisan kek span yang ke2 diatas nya. Sama jugak
sapukan syrup & letakkan cream. Masa ni letak cream banyak ckit sebab nak
ratakan cream ke seluruh permukaan kek span tadi.
Dah siap ratakan cream korang hiasla ikot citarasa korang. Aku
memang suka warna warni..baru Nampak meriah….
Kek yang dah siap dihias..
Selamat Mencuba Semua........
0 comments:
Catat Ulasan