Sabtu, 23 Ogos 2014

RESEPI NASI ARAB MANDY

Hai aloha loha leha.. Hari ni aku nak share dengan korang sume resepi Homemade Nasi Arab. Senang, Ringkas & Jimat duet. Tak payah bazir duet pegi kedai memahal semata2 nak makan Nasi Arab sepuasnya2. Tapi kalo korang jenis malas nak masak & berduet aje elok jela pegi kedai makanan Arab je. Kenyang tu dah tentu-tentu lah & yang penting tak penat. hahaha.. Ade orang bagitau kalo dekat Ipoh Nasi Arab yang best dekat dgn area Taman Merdeka (MG) @ pon 1 baris Restorant Vanggey. Yang ni org cakap lagi sedap dari Kedai nasi arab dekat area Kinta Riverfront. Apelagi moh le kita cuba Resepi ni ye...

NASI ARAB MANDY



Bahan- Bahan Ayam :


  • 1 ekor ayam - dibelah 2 & cuci bersih
  • 1/2 tsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp serbuk Kabsa ***
  • 2 bj bawang besar - hiris bulat besar
  • 1/2 bj lemon - Hiris nipis
  • sedikit safron / pewarna kuning
  • sedikit olive oil


***Rempah kabsa (homemade)

  • 1 tbs bunga cengkih*
  • 1 tbs lada hitam*
  • 1 tbs jintan manis*
  • 1 tbs jintan putih*
  • 2 tbs biji ketumba*r
  • 1 tbs buah pelaga*
  • 1 tbs buah pelaga hitam*
  • 1 tbs serbuk cili
  • 1 tsp serbuk kunyit

Cara buat rempah Kabsa -  Goreng bahan bertanda * tanpa minyak sehingga naik bau & angkat. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur. Simpan dlm bekas kedap udara utk penggunaan seterusnya.
**sekiranya buah pelaga hitam takde, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa shj.


Cara Penyediaan Ayam :

  1. Gaul rata ayam dgn semua bahan rempah, garam, olive oil & safron. Perapkan dlm 15 minit, lagi lama lagi sedap. 
  2. Balutkan dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bwg besar & lemon di atas foil td & letakkan ayam diatasnya. 
  3. Tutup ayam tersebut dgn aluminium foil & bakar pd suhu 250'c selama 1jam. Pd 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. 
**semasa ayam dibakar ayam akn mengeluarkan air. selepas 45 @ 50 minit buka foil & keluarkan airnya & bakar semula ayam tersebut dlm 10 minit lg. ***kuah dr ayam td aku campurkan safron sblm masukkan ke dlm nasi tapi jgn masukkan semua plk ckit2 je sbb lebihan air ni boleh tuang atas ayam msa dihidangkan nnt baru la moist2 gitu.


Bahan - Bahan Nasi :


  • 4 cwn/pot beras basmathi - rendam 20 minit / 1jam & toskan
  • 3 tbs minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air @ secukupnya
  • 1 bj bawang besar -  hiris halus
  • 3 ulas bwg putih -  hiris halus
  • 1 inci halis - hiris halus
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis- 1btg kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 bj buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning/safron (campurkn ke dlm air lebihan ayam) & garam
  • Seketul Arang size kecik dibakar & 1 sudu Minyak Masak


Cara - Cara Penyediaan Nasi:

  1. Panaskan minyak tumis rempah, bawang, halia hingga harum & bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar & masukkan pula air sehingga mendidih. 
  2. Bila mendidih, tutup api & tuang ke dlm rice cooker . Masukkan pula beras & garam. Kacau rata & masak spt biasa. 
  3. Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi & letakkan aluminium foil. Masukkan 1 sudu minyak & arang yg telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit spy aroma asap arang meresap ke dlm nasi. 
  4. Buka semula tudung periuk & keluarkan aluminium foil bersama arang td. 
  5. Titiskan 2- 3 titik pewarna kunig @ bancuhan air safron ayam td, kacau/gembur nasi. Siap & sedia utk dihidang.


Sos

  • 1 bj tomato merah -  hiris
  • 5 bj cili besar hijau (nak pedas tambah lagi) - hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar - hiris halus
  • Garam 
  • Gula 
  • Perahan Lemon
Cara Penyediaan :

Kisar semua bahan dengan air perahan lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Semoga Berjaya ye kekawan semua masak Nasi Arab... Jangan lupa tulis komen2 di ruangan yg tersedia.
Kredit - umilzz

1 comments:

Catat Ulasan