Selasa, 15 Januari 2013

Donut


     Sharing Is Caring..eh betul ek?hehe Btw hari ni nak share ngan korang sume 1 resepi  minum petang a.k.a makan petang. Petang tadi tetiba pulak rajin nak buat donut utk En Hubby. Nak beli petang2 ni payah ckit slalu goreng pisang je berlambak  kan, so tros je search memori kat otak ni untuk ingat balik RESEPI DONUT yang pernah aku wat dulu…Kuantiti bahan2 ni boleh buat dalam 15 hingga 20 biji donut bergantung la pada saiz..

     Memang sengaja buat ckit sebab yang makan ni untuk 2 org je,so kalo nak buat lebey gandakan je bahan2 tu sume.Yang pasti hasil Donut ni nanti memang gebu,lembut, & sesedap rasa je..  Selamat Mencuba Ye sume… 


Donut panas2 minum lak teh O panas,perghhh..terangkat 2.


BAHAN2 :

  • ½  Bungkus Yis Mauripan bancuh dengan ½ cawan air
  •  270g Tepung Gandum
  • 1 camca besar Mentega
  • 1 camca besar Gula
  • 2 camca besar Susu Pekat (nak guna susu tepung pon boleh)
  • Secubit garam & serbuk penaik.

 





Di atas ni sume bahan2 untuk membuat Donut

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CARA2 MEMBUAT :


Masukkan kesemua bahan2 kering termasuk susu pekat,sebati kan adunan.




Kemudian masukkan yis. Gaul sebati dan uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Pastikan adunan tak melekat2 pada tangan. Sekiranya adunan keras tambahkan air atau pun sekiranya adunan melekat2 tambah tepung gandum.




Rehatkan adunan selama 1 jam,letakkan kain lembab di atas bekas adunan.Gambar kat atas 2 adunan dah kembang.




Terap doh mengikot citarasa korang nak besor ke kecik,janji cumel2 dan sedap mata memandang je...




Goreng donut dan sejukkan ckit dulu..



last sekali bawu gaulkan donut dengan gula castor(gula halus)..sedia untuk dihidang!

0 comments:

Catat Ulasan