Rabu, 30 Januari 2013

JUS KURMA SUSU


Jus Kurma Susu

BAHAN-BAHAN


  • 4 Biji Kurma
  • 2 Sudu besar Susu Pekat
  • 1/2 Cawan Air
  • Ketulan Ais


CARA MENYEDIAKAN :

  1. Belah kurma dan buangkan bijinya.
  2. Masukkan dalam pengisar bersama susu pekat dan air. Kisarkan.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan ais.
  4. Sedia untuk dihidang.


 INFO KURMA

* Antara kebaikan kurma ialah ia melancarkan proses pembuangan air besar. Kandungan asid di dalam kurma membantu melemahkan asid gastrik berlebihan di dalam usus kita dan melegakan pedih hulu hati.


~~SELAMAT MENCUBA~~

Sabtu, 26 Januari 2013

HILANGKAN LENDIR BENDI

Ramai yang berpendapat lendir bendi memberi kesan besar pada rasa masakan. Kadangkala jika tidak kena caranya, lendir akan mengurangkan rasa enak masakan. Ada cara dan petua agar masakan bendi lazat dan sedap. Cubalah petua ni.

Jumaat, 25 Januari 2013

HILANGKAN PAHIT PERIA


Peria secara semula jadi memang pahit dan jika tidak kene dengan cara ia akan memberi kesan pahit yang keterlaluan selepas di masak. Kalo dah pahit semestinya la terseksa masa makan tak pon takder tros rasa nak makan kan?Bagaimana nak menghilangkan rasa pahitnya? Cubala petua yang aku share ni.. semoga petua ni dapat membantu korang...

Read More......



TELUR RENIH JAGUNG MANIS

Resepi untuk sarapan pagi yang seterusnya TELUR RENIH JAGUNG MANIS. Agak lambat aku update sebab sebok siapkan kelengkapan barang2 rumah. So pada yang nak ubah selera menu sarapan pagi boleh la cuba resepi yang simple ni.

* Saiz Hidangan untuk 2ORG

Bahan-Bahan

BAHAN A (TELUR RENEH)

  • 2 biji telur
  • 1 Liter Air
  • 1 Sudu Teh Cuka
  • Garam secukup rasa

BAHAN B

  • 240gm Jagung manis
  • 2 Sudu makan susu cair
  • 1/2 sudu makan Marjerin
  • Salad campuran secukupnya


CARA MEMASAK


  1. Untuk bahan A, panaskan air sehingga reneh, kemudian masukkan cuka dan garam. Akhir sekali masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan sehingga masak keputihan.
  2. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan. Ketepikan.
  3. Untuk bahan B, panaskan air dan reneh jagung hingga masak. Masukkan susu cair ke dalam mangkuk dan campurkan jagung bersama marjerin. Kacau sehingga sebati.
  4. Hidangkan telur reneh bersama jagung manis & salad campuran.
  5. Sedia untuk dihidang.
~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~

Selasa, 22 Januari 2013

TELUR GULUNG BERSAMA SOSEJ


Hai lama dah rasanya tak update blog dengan resepi baru.. 2 hari lepas sebok mengaplikasikan 2 menu baru berasaskan telur untuk sarapan pagi.. So hari ni & esok, In Sha Allah aku akan update dekat korang resepi yang simple untuk menu pagi korang yer... Sekali sekala kena la tukar selera kan? takkan asik makan nasi goreng, bihun goreng, & kuih muih. Senang & mudah...! Selamat Mencuba :)

***Hidangan untuk 2 org***

Bahan-Bahan

  • 2 biji Telur Ayam
  • 2 batang Sosej
  • 5gm Bawang Besar / dicincang halus
  • 5gm Cili Merah / dicincang halus (ikot suka)
  • 125 ml Susu Segar
  • Garam secukupnya
  • Minyak jagung secukupnya (nak guna minyak msk pon boleh)


*telur korang pukul bersama susu segar.


Cara Memasak

  1. Panaskan minyak pada pan leper dan tumis bawang & cili  merah hingga naik bau. 
  2. Kemudian perlahankan api ckit. Masukkan adunan telur.
  3. Kacau perlahan-lahan dan letakkan sosej di tengah-tengah telur lalu gulung. Biar masak baru angkat.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Senangkan??? tak payah guna bahan yang byk,mudah dan cepat.. :) sowi la yer kali ni aku tak sempat nak snap pic sebab simple sgt.. Next resepi aku akan post esok ye.


Khamis, 17 Januari 2013

CARA-CARA MENGKHUSYUKKAN SEMBAHYANG

Hidup merupakan jambatan menuju Akhirat. Justeru seluruh perlakuan hidup dijuruskan kepada matlamat mencari keredhaan Illahi, maka sewajarnyalah setiap gerak dan langkah kehidupan itu kita jadikan sebagai wadah menunaikan tuntutan ibadah terhadapNya.

Read More.....

Rabu, 16 Januari 2013

KEK


Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..cewah!! berperibahasa bagai lak aku untuk kali ni.. sekali sekala ingat2 balik. Bahasa melayu kan bahasa kebangsaan.. walaupon takde kena mengena dengan tema resepi aku nak kongsi hari ni tapi kira boleh la ade ayat memberi tu kira ok la..hehe…

Lambat sikit update Kek Harijadi sebab sebok sangat dok planning besday boy my Hubby. So kali ni teringin nak buat kek harijadi untuk En Suami.sangat memuaskan.. so kalo korang nak cuba buat sesuatu kelainan, boleh la salin resepi ni, tak payah salin pon xper printer kan ade,print je.hehe…

Macam biasa la kita mulakan dengan Bismillahirrahmannirahhim…. Sediakan bahan2 & kemudian tengokla tutorial cara membuat beserta gambar ok.. kalo tak paham boleh la Tanya. So all the best!

KEK SPAN COKLAT

Bahan-Bahan



Tepung Kek  –  ½ cawan (60gm)

Garam  –  ¼ sd teh

Serbuk Koko  –  cawan (30g)

Telur gred A –  4 biji (aku guna 6bj telur gred C)

Gula Castor  –  cawan (135g)

Esen Vanila  –  1 sd teh

Unsalted Butter – 3 sd makan (42g) *panaskan dalam microwave utk cairkan

CARA-CARA

Panaskan oven 180 ͦc (350 degrees)


Sapukan butter pada Loyang kek & letakkan kertas minyak


Bahan2 kering disatukan & diayak.

Satukan tepung kek, garam, & serbuk koko. Gaul sebati & ayak.


Teknik "double boiler" - teknik yang sma mcm kita nak cairkan coklat.

Pecah telur pada bekas lain & masukkan gula castor. Kemudian buat teknik “double boiler” kacau campuran telur & gula dengan menggunakan whisky selama 5 minit.


Masukkan adunan telur ke dalam bekas mixer & pukul dengan kelajuan tinggi dalam 3 – 5 minit sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.


Adunan yang dah dicampur dengan tepung,serbuk koko & garam.


Masuk pula adunan telur ke dalam bekas lain & campurkan dengan tepung yang telah diayak bersama garam & serbuk koko. Masa tuang tepung 2 kalau boleh ayak lagi. Buat teknik kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati (spt no 1).

Lepas tu amik dalam 3 sudu besar adunan kek coklat masukkan ke dalam butter yang telah dicairkan, gaul sebati. Dah sebati baru masukkan semula ke dalam aduanan kek coklat tadi dan sebati kan aduanan (spt gambar 2)

Dah selesai masukkan adunan ke dalam Loyang kek & siap untuk dibakar (spt gambar 3). Bila kek dah siap masak sejukkan dulu baru potong kepada 2 bahagian.

Ni kek yang dah siap di potong kpd 2 bahagian.


*Tips - Nak tau kek dah masak ke blom kalo korang tekan kek 2 permukaan kek tak akan tengelam,
                 cucuk lidi tak melekat & bahagian tepi kek tak akan melekat lagi dengan bekas Loyang.
              - Ingat jangan sama sekali silap cara membuat kek, pastikan telur di pukul dengan mixer
                 dulu,kemudian baru masukkan ke dlm bekas lain & dimasukkan pula tepung dengan teknik kaup
                 balik menggunakan spatula.



Hiasan Kek Harijadi

Bahan-Bahan

Buah ceri yang dijual dalam botol (asingkan ceri & jus)

Syrup cherry – 1cawan (panaskan jus cherry dengan 2 sd besar gula hingga larut)

Whipping cream 600 ml (2 ½ cawan)

Gula castor – 3sd makan

Esen vanilla – 1sd teh

Coklat & Coklat urai


Cara Membuat Cream

Campurkan bahan whipping cream dan gula ke dalam bekas mixer. Kemudian simpan bekas mixer tu kedalam peti ais selama 30 minit. Lepas tu keluarkan & putar pada kelajuan tinggi sehingga kembang @ kental dalam 10 – 15 minit.

Whipping cream yang dah siap diputar sehingga kembang @ kental.


Hiasan


Kek span yang disapu dengan syrup ceri.


Sapukan syrup ke atas lapisan kek span yg 1st. kemudian letak cream & buah cherry (ikot suka,aku de lebih buah kiwi 2 yang letak kiwi).

Letak pulak lapisan kek span yang ke2 diatas nya. Sama jugak sapukan syrup & letakkan cream. Masa ni letak cream banyak ckit sebab nak ratakan cream ke seluruh permukaan kek span tadi.

Dah siap ratakan cream korang hiasla ikot citarasa korang. Aku memang suka warna warni..baru Nampak meriah….


Kek yang dah siap dihias..

Selamat Mencuba Semua........



Selasa, 15 Januari 2013

PUDING


PUDING CARAMEL
Juz nak share resepi ngn korg suma.mna tau nak try desert.leh la mkn waktu2 ptg sambil tgk tv!

RESEPI
Puding gula hangus @ Caramel Pudding

Bahan2

  • 2bj telur
  • 1/2sd kcl esen vanilla
  • 2cwn susu segar(sll gna HL low fat marigold)
  • 2sd bsr gula
  • 4sd bsr gula(utk dimsk)*
  • hirisan buah plum & strawbery utk hiasan
Cara2:
Campuran 1 - masukkan semua bahan spt telur,gula & esen vanilla.pukul sebati.lepas 2 mskkn susu segar kacau lg.biarkn sekejap utk hilangkn buih.

Campuran 2-mula2 panaskan gula* dlm pan leper hingga warna btukar keperangan (makesure jgn hangus or hitam tau).lepas 2 mskkn air sedikit kacau sekejap n tros msk dlm bekas.

Masukkan Campuran 2 td dlm bekas ketuhar pas2 masukkan pulak Campuran 1.

panaskan ketuhar 170c agak2 30-35 minit bergantung la pd saiz bekas acuan korg 2 mengunakan teknik water bath.

*jika korg nak gnakn periuk kukus, seeloknya kukus dlm api perlahan selama stgh jam atau lebih ikotla saiz acuan korg 2.lg elok gna ketuhar sbb sy pernah try guna kukus slalu xjd.hehehe.

bila dh siap msk,sejukkan di dlm peti sejuk & sedia utk dimakan!semoga berjaya ye kekwn...


AYAM PANGGANG



AYAM PANGGANG BERSOS MUSTARD

RESEPI

Bahan2 :

Untuk perapan ayam

  • 1 Ekor ayam @ separuh(ikot rasa nk potong @pun tak nak.
  • Olive oil
  • Bawang putih - 10 ulas dilenyek sedikit
  • Fresh Thyme
  • Cayenne pepper,black pepper,garam secukup rasa
Sayuran (Seasoned potato,carrot & mushroom)
  • Carrot
  • Tomato ceri 10 bj (ikot suka)
  • Bawang merah 2 bj
  • Ubi kentang 3 bj dibelah 4 @ ubi kentang yg bulat kecik 2
  • Cendawan button 5bj
  • Sedikit butter
  • Olive oil 3sd
  • Black pepper,garam secukup rasa.
Sos Mustard
  • Sedikit Butter 3sd
  • Mustard jenama French's(ikotla nak byk mana)
  • Pepper + garam
  • Cream 2d(nak pon blh xnak pon blh)/ susu pon blh

CARA2 :

  1. Perap ayam dulu seeloknya 1/2 @ 1 jam.
  2. Panaskan ketuhar dulu.
  3. Kemudian masukkan ayam perapan & sayuran di dalam ketuhar selama 15 minit - 20 minit.Pastikan ayam di grill bahagian atas & sayuran di bahagian bawah supaya jus2 ayam meresap bersama2 sayuran.
  4. Sementara tu buat la sos mustard,masak ke semua bahan sehingga rata.
  5. Sedia untuk di hidangkan. Buat la air jus tembikai..mmg masyukk je mkn!


~~SELAMAT MENCUBA YER SUMA~~

Donut


     Sharing Is Caring..eh betul ek?hehe Btw hari ni nak share ngan korang sume 1 resepi  minum petang a.k.a makan petang. Petang tadi tetiba pulak rajin nak buat donut utk En Hubby. Nak beli petang2 ni payah ckit slalu goreng pisang je berlambak  kan, so tros je search memori kat otak ni untuk ingat balik RESEPI DONUT yang pernah aku wat dulu…Kuantiti bahan2 ni boleh buat dalam 15 hingga 20 biji donut bergantung la pada saiz..

     Memang sengaja buat ckit sebab yang makan ni untuk 2 org je,so kalo nak buat lebey gandakan je bahan2 tu sume.Yang pasti hasil Donut ni nanti memang gebu,lembut, & sesedap rasa je..  Selamat Mencuba Ye sume… 


Donut panas2 minum lak teh O panas,perghhh..terangkat 2.


BAHAN2 :

  • ½  Bungkus Yis Mauripan bancuh dengan ½ cawan air
  •  270g Tepung Gandum
  • 1 camca besar Mentega
  • 1 camca besar Gula
  • 2 camca besar Susu Pekat (nak guna susu tepung pon boleh)
  • Secubit garam & serbuk penaik.

 





Di atas ni sume bahan2 untuk membuat Donut

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CARA2 MEMBUAT :


Masukkan kesemua bahan2 kering termasuk susu pekat,sebati kan adunan.




Kemudian masukkan yis. Gaul sebati dan uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Pastikan adunan tak melekat2 pada tangan. Sekiranya adunan keras tambahkan air atau pun sekiranya adunan melekat2 tambah tepung gandum.




Rehatkan adunan selama 1 jam,letakkan kain lembab di atas bekas adunan.Gambar kat atas 2 adunan dah kembang.




Terap doh mengikot citarasa korang nak besor ke kecik,janji cumel2 dan sedap mata memandang je...




Goreng donut dan sejukkan ckit dulu..



last sekali bawu gaulkan donut dengan gula castor(gula halus)..sedia untuk dihidang!