Jumaat, 8 Ogos 2014

BULAN MADU DI PULAU PERHENTIAN KECIL

Selamat Hari Raya pada kawan-kawan blogger ku semua..maaf zahir batin ye, kot2 la ade yang tersingung terkecil hati ke sepanjang penulisan aku di blog ni. Minta di ampunkan ya. Sekian lama dah tak update blog pasal cuti-cuti Malaysia, hehe... Padahei baru je lagi cuti-cuti malaysia dekat Pangkor. Ha kali ni iolls nak story mory percutian di Pulau Perhentian Pakej Honeymoon gitu.. Seronok gila tapi blom tahap gila la,cuma agak menggila masa naik speed boat macam nak tercabut nyawa wooo.. hehe. P/S make sure bawak baju packing betol2 takpon pakai beg kalis air lau tak basah la baju jawabnya & takyah la guna beg AF jenuh nak angkut.

Ok Jom mulakan pengembaraan bersama walaupon dah berbulan lepas. Macam Upin Ipin lak hehe.. Semuanya aku booking dekat Shari-La Island Resort bulan 6 hari tu. Memula aku survey dulu dekat agoda, bilik-bilik yang sesuai untuk berbulan madu. Pada aku Shari-la Island Resort memang terbaik la, tak tipu bilik super duper best!. Korang boleh search tengok kat page Facebook Shari-la Island Resort. Situ sume ade,pakej ape yang korang minat nak booking, korang pilih dah berkenan tros je kol buat confirmation lepas tu email la details sume dekat pihak resort.

Aku & En Husben pilih utk drive sendiri dari slim river ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Penat jangan cakap la memang rasa nak tercabut pingang dibuatnya tapi lebih selesa la, senang nak berhenti rehat mana2 lepas tu kalo nak beli barang ikot suka nak penuh banyak mana bonet keta tu. Memang penuh la bak hang! haha... Kami pilih untuk pegi sana awal sehari sebab riso En Husben penat drive. Sampai je di Besut area jeti tu banyak jugak pilihan hotel & motel yang murah2 sesuai dengan budget rendah nak stay, sementara nak tunggu esok. Macam kami stay kat hotel budget Nan, ade lagi 1 guest house tapi tak berapa selesa la sebab bilik air kena kongsi. Nasihat kami kalo pegi time cuaca panas seeloknya booking bilik yang ade aircond bkn kipas sebab risiko bilik tu macam berada dalam sauna, ape pon tak boleh..

Malam kami makan dekat Restoran Ikan Bakar Zul boleh guna waze utk cari. Yang ni kawan yang rekemen, memang tak tipu sedapnya sampai menjilat jari. Memula tu pelik gak sebab restoran ni takde jual macam tomyam ke kangkung goreng belacan ke untuk menu sampingan, yang ade cuma ikan,udang & sotong yang fresh korang pilih & bagi  diorg masak. Tapi bila makanan yang dipesan dah sampai tros paham kenapa menu utama yang diorang jual hanya bakar2 shj. Sebabnya ikan bakar dia dah siap masak dgn kuah sambal,jadinya makan nasi putih panas-panas tambah plak sos sambal & jugak sos kicap memang terangkat la bak hang!

Esoknya kami naik speed boat yang menggila tu pukul 11pagi under Shari-la Island Resort pny boat. Parking kete kiteorg suruh je pekerja Shari-La setlekan. Memang mahal la sehari RM10, padahal boleh je dapat murah lagi kat tempat lain,tapi nasib baik En Husben mintak gak diskaun dekat brother tempat parking tu dapat la RM 25.Jadila dari takder kan. Sampai je dekat sana view dia memang cantik sangat2. Lepas selfie2 tros tuju ke receptionist Shari-La Island Resort. Macam kami amik pakej Honeymoon so bilik dia takdela ramai yang booking, macam bilik standard room ramai yang kena tggu kol 3ptg bru boleh check in. Kami tunggu dalam setengah jam dah bley masuk bilik dah. Bilik kami suite room memang besar la katil queen pon sampai 2. Puas hati betol la bilik resort tu bersih,teratur & kemas sampai rasa taknak balik pon ade.hahaha.. Wifi disediakan dekat lobby. Kalo korang yang jenis amik pakej internet nset tu pakat tak boleh gunala masa kat cna, line tak berapa bagus.

Lebihnya pekej kami amik ni makanan sume tak payah susah hati,gundah gulana dah sebab sumenya termasuk sekali. Dalam Pakej ni dah termasuk makan pagi,tengahari,petang & malam, kira cukup la makan perot pon senang hati. Termasuk jugak sekali Snorkelling 3 point, Round Island, BBQ Dinner, Candle Light Dinner, Gift & Fruit Basket. Macam gift pihak resort akan bagi msa balik bila dh sampai dekat jeti kuala besut & Fruits Basket diorg bagi msa hari kedua dekat resort. Tapi makesure masa sampai tu korang tanya & double check riso diorang tu lupa,lau tak rugi la kan dah bayar mahal2 tak dapat spt yang dijanjikan.

Aktiviti untuk hari pertama lepas makan, kami mandi laut dulu la sampai puas, agak2 lapo balik, boleh terus makan petang plk. Tapi agak sedih jugakla sebab tak dapat tengok sunset petang tu, so balik bilik tros rehat2kan diri siap2 utk candle light dinner(CLD). Ha nak bagi tau yang sunset ni boleh tgk dekat Shari-La Island Resort je. Special jugak CLD kami, jauh ckit dr tempat org lain makan. Lepas tu semestinya la penuh dengan lilin, sweet gitu.. Rasa macam zaman2 bercinta dulu2 plak walaupon dah 3tahun usia perkahwinan kami. Doakan kami mudahan-mudahan dikurniakan zuriat ye kawan-kawan. Amin...

Hari ke-2, Lepas je pergi bekfes tros bersiap utk pergi snorkelling pukul 10pg. Wah excited kata kau,yela 1st time kan tak penah menyelam nengok ikan real2 dalam laut peh 2 laut dalam pulak..pergh masa memula 2 memang gerun En Husben je yang berani, harapkan aku takat pegang2 bot lepas 2 main2 ikan dekat sekitar kawasan bot jela yang mampu.hahaha.. At least tak dela malu sgt bila post dekat Fb kita je dok atas boat.bahahaha... masa memula menyelam tu jangan kenang le air laut macam air mineral aku telan tak sedap pon jadi sedap sebab rasa macam lemas je. Pakcik boat 2 sabit aku dah bayar je lau tak mao aku ditinggalnya sebab jenuh ajor tak pandai2! kikikiki....

Selesai snorkelling dalam kol 2ptg lepas makan tengahari tu tros naik boat kecik tu lagi dengan pakcik yang sama buat aktiviti round island. Yang ini memang tak tipu sangat2 menakutkan & ngeri ye adik2 sekalian. ni bukan takut macam tgk cite hantu tapi macam nyawa 50/50 je atas air laut tu. Ombak dia memang sgt2 beralun & tinggi asenya klo ade kapal torbang lalu masa tu mao ak lambai tangan mintak amik masa tu jugak. Sampaikan terpikir2 kenapala aku pilih untuk buat round island ni. En Husben pon cuak gak tapi still tunjuk kemachoan ye..hahaha. Best part lagi dr ase hebat memula 2 taknak pakai life jaket tros pakai kot sebab risau kot2 lemas ade jugak jaket ni penyelamat aku boleh la takat2 nak selamatkan En Husben. Ha boleh imaginekan tak macam mana seramnya buat round island tu.

Abis je aktiviti petang tu, malam lepas dinner tros jejalan tepi pantai amik udara segar & planning nak pegi ke long beach area. Jangan risau ni jalan kaki je. Ikot kn kpd nasihat pakcik boat tu 15 minit je jalan kaki, bila kami pegi mak ai 1/2 jam ye berjalan nak kesana sebabnya jalan dia mencabar woo kena panjat bukit tapi jalan nya simen batu la takde le tanah je. Penatnya memang tak terkata.mao turun sekilo pegi sekilo balik. Tapi long beach ni utk mat saleh sesuai la. Sampaikan masa kami dah sampai kat ctu pon rasa macam bukan dekat malaysia dah. Pepaham sudah la..hahaha. Sini tempat untuk berhibur bila larut malam tara kucar char boleh la klo korang nak pegi.

Hari ke -3, Last day macam biasa mandi & mandi lagi lepas 2 siap2 packing barang mao pulang. Sekali lagi naik speed boat dalam pukul 12tghhari lepas check out pukul 11pagi. Kali ni bukan ckit pny speed begini ssssssppppppeeeeeeeeddddddddddd nya!! nyaris2 terbalik woo boat kami naik. Pada2 la pon nak race ye adik nyawa ade satu je bukan blh refill mcm candy crush. Sampai je dekat jeti amik kete tros pegi cari kopok lekor yang kawan rekemen lagi dekat2 area situ. 

Nama kopok lekor tu kedai kopok lekor Lan dekat dengan jerat cina lama.Guna waze dlu  lepas tu agak2 sesat tak jumpa tanya dekat org ctu. Sila tanya pada orang yang dah berumur ye kalo tanya pada budak muda dia akan jawab "eh ade ke,xpenah dengor pon, rasanya takda"(translate dlm kecek kelate deh) hahaha... kopok lekor ni memang super duper sedap! sebatang RM 1.00. Kat ctu sos cili ke kopok kering ke sume ade jual. Ha lagi satu nak rekemen makanan yg sedap, sata & otak-otak betul2 tepi jalan klo kita kuar dari jeti besut amik sebelah kanan akan nampak org berniaga sata, jangan lupa singgah beli ye memang sedap bak hang! murah je pong. puas hati la klo beli.

Jadi sampai kat cni jela perkongsian pengalaman bercuti di Pulau Perhentian dengan Pakej Honeymoon. Ape pon pengalaman stay 3D 2N dekat Shari-la Island resort memang 5bintang la.. Makanan pon ok tempat tinggal ok servis ok pantai pon ok semuanya ok la..Nak nasihat ckit,kalo pegi perhentian kecil ni elak kan la pegi sana tanpa booking dulu, lau tak jadi macam sorang couple ni dok usung beg AF kecna kemari cari bilik yang still available lg. Cari pulak dekat Shari-La Island Resort memang pakat takde la. Lagi satu dekat Shari-la Island resort la tempat mandi yang aku tengok betul2 sesuai nak mandi sbb pantai dia luas ckit, takde boat yang parking2. Air betul2 jernih siap boleh tengok sunset lagi petang2. Kalo rasa nak pegi long beach pon ok jugak cuma macam pakcik boat tu cakap sana byk style2 ala2 mat saleh lepas tu air laut dia tak dalam sesuai jugak mandi2 gelapkan badan.hahaha..

Sesiapa yang ade pengalaman @ pon nak share apa2 tips dekat Pulau Perhentian Kecil boleh la tulis dekat ruangan komen ye. Pada yang rasa nak murah better booking bilik dekat agoda je sbb byk jugak harga diskaun tapi makan sume tak termasuk la. Macam hari tu masa pergi tu ade la sembang dengan abg boat tu dia cakap klo nak budget pon blh pegi 3D2N under dia dlm RM300-350 per person sume ade duduk Resort Shari-La. Klo nak no brother ni boleh la email dekat saya ye.. Jangan risau tak dapat komisen pon. hehe.. Selamat Bercuti semua ye... Tunggu next entri utk next vacation pulak.. Da Da Da......





Kedai Ikan Bakar Zul berdekatan dengan Jeti Kuala Besut


Nasi Putih + Ikan Kerapu Bakar


Bilik Suite Room - 2 Queen Bed


Suite Room Shari-La Island Resort


CDL 3rd Years Anniversary


Sunset


Air Laut Waktu Pagi




Snorkelling




Bro yang expert berenang





Perhentian Kecil



Round Island


Lunch


BBQ Dinner


Morning Breakfast


Peace + Selfie Sebelum Check in

14 comments:

Wak Lat berkata...

Salam. Hee sungguh seronok pergi ke pulau perhentian.

Saiful Hamidun berkata...

Boleh bg contact no abg yg leh adjust murah tu tak?
Msj or whatsapp dkt 0176492899...saiful..
Tq

paedz_wan berkata...

salam.sy plan nak ke sana januari depan.blh bgtau tak brpa total mginap kt sna?and awk pergi guna pakej atau terjah je?hehe.tq for the info and i need u reply me..tq yaa...

Unknown berkata...

sis berapa kos u pg sana ye

shanizzzz berkata...

Askm blh bg saya no abg kt perhentian kecil tu.... my no 0186630873...urgent sbb nk gi lg 2 minggu...trm ksh...

ima_4101 berkata...

Brp rm pakej ni?

ima_4101 berkata...

Brp rm pakej ni?

blackpepper berkata...

Syioynyaa...Email no brother tu... sswhiterose@yahoo.co.uk

Unknown berkata...

ada wifi x kat sini

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Hai sy baru baca blog awak. Boleh sy mintak email utk dapatkan pakej yg merah dari abg boat tu? :)

Izzulfa berkata...

Assalamualaikum... blh bg sy no tel brother yg kt pulau perhentian tu x?? Ni email sy.. izzulfa@gmail.com ... tq

Unknown berkata...

Salam, menarik..Wasap sy num abang bot tu. Num sy 0145198103.. Terima kasih

nickmiddleton010 berkata...

Kepulauan ini mempunyai air yang jernih dan mempesonakan dan mempunyai hidupan laut yang pelbagai banyak kelihatan di kawasan ini. pakej honeymoon perhentian

nickmiddleton010 berkata...

Kebanyakan pakej yang disediakan telah termasuk penginapan, makan, bot untuk perjalanan pergi dan balik ke jeti serta aktiviti seperti tertera di dalam itinerary. pakej honeymoon pulau perhentian

Catat Ulasan