Ahad, 30 Jun 2013

MUSHROOM SOUP

Sangat senang untuk disediakan.. Bahan tak banyak & tak susah utk dicari,dibeli. Pe lagi try la buat.kot2 nak tukar selera nak makan western plak.asik makan nasi berlauk je kan..hehe..selamat mencuba ye.




Bahan-Bahan


  • 2 sd bsr Butter
  • 3 cwn Mushroom
  • 1/2 cwn Bawang (potong dadu)
  • 1/4 Saderi (potong dadu)
  • 2 sd bsr Tepung Serbaguna
  • 1 ulas Bawang putih (Cincang)
  • 1 sd teh Fresh Thyme
  • 3 cwn Susu
  • Garam & Lada Hitam
  • Keju & 1/2 cwn krim (ikot citarasa)

Cara Memasak
  1. Guna Non stick Pan, panaskan dan masukkan butter.
  2. Sautee' (tumis) cendawan, bawang & saderi dalam 4-5 minit sehingga kekuningan & naik bau.
  3. Kemudian masukkan tepung. Kacau sebati bagi sekata, masukkan bawang putih & thyme.
  4. Masukkan susu sedikit demi sedikit (1 cwn, 1 cwn) sambil tu kacau perlahan-lahan dengan api sederhana dalam 20 minit.
  5. Angkat pan,tuangkan sup tadi ke dalam blender, kisar sup sehingga sebati utk bg smoothy lagi. Baru perasakan.
* TIPS
     - Utk extra rasa sedap, boleh masukkan krim ckit utk rasa lemak2 lagi. Last nak letak cheese pon ok. Boleh hidangkan dengan garlic bread.. memang superb rasanya.. :)

Isnin, 17 Jun 2013

Kek Mentega Pelangi

Raya Datang lagi..... Wah pose blom tros pikir nak raya.. Ape lagi aku pon dok pikir la resepi ape aku nak share ngn korang sume untuk hari raya ni..weeee.... Asal raya je teringat biskut raya dak? Ha! ape kata aku share ngan korang sume resepi Aneka Kek Raya dulu, lepas tu baru aku share dengan korang resepi biskut raya.. Ape lagi? amek pen & kertas salin le resepi ni... amboiii ingat ni zaman purba ke hape? tak payah susah2 copy paste print.haha.... Selamat mencuba ye.. Mudah & Cepat.


Bahan-Bahan

  • 250gm Mentega
  • 225gm Gula Ising
  • 5 biji Telur
  • 225gm Tepung Naik Sendiri
  • 3 Jenis Pewarna / Merah, Hijau, Kuning
Cara Menyediakan :

  1. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi secara perlahan sehingga sebati.
  3. Kemudian gunakan spatula, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan guna proses kaup balik hingga adunan rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan campurkan pewarna.
  5. Masukkan adunan setiap warna ke dalam loyang dan larikkan dengan lidi untuk mendapatkan corak campuran.
  6. Akhir sekali, bakar dengan suhu 180c selama 45 minit.


Tadaa... dah siap kek ni. Yang penting sedap & gebu..