PETUA


Siapa kata petua nenek moyang kita sudah tidak boleh diaplikasikan lagi dalam kehidupan harian? Petua tradisional ini bukan hanya diterima oleh golongan berusia bahkan semua amalan dan petua ini sudah diterapkan kepada golongan muda secara turun temurun. Ini menandakan ia amalan tradisi yang sentiasa dipegang sampai bila-bila. Simpan dan jadikan petua ni sebangai panduan yer..


Hilangkan Pahit Peria


Peria secara semula jadi memang pahit dan jika tidak kene dengan cara ia akan memberi kesan pahit yang keterlaluan selepas di masak. Kalo dah pahit semestinya la terseksa masa makan tak pon takder tros rasa nak makan kan?Bagaimana nak menghilangkan rasa pahitnya? Cubala petua yang aku share ni.. semoga petua ni dapat membantu korang...

* Potong peria nipis-nipis.

** Kemudian rendam di dalam air seketika.

*** Masukkan satu sudu garam dan kacau rata. Biarkan beberapa minit.

**** Bilas dan tos sebelum dimasak.






Hilangkan Lendir Bendi

Ramai yang berpendapat lendir bendi memberi kesan besar pada rasa masakan. Kadangkala jika tidak kena caranya, lendir akan mengurangkan rasa enak masakan. Ada cara dan petua agar masakan bendi lazat dan sedap. Cubalah petua ni.


* Basuh bendi dengan air bersih.

** Letakkan bendi di dalam bekas berlubang / tapis dan tos seketika.

*** Kemudian gunakan kain yang kering, lapkan bendi dengan kain
        sebelum di potong dan dimasak.






Bersihkan Siput Sedut


Siput sedut memang enak rasanya apabila dibuat masak lemak cili api. Pun begitu jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya semua ini akan menghilangkan selera makan. Apa kata korang cuba petua membersihkan siput sedut ini. Ia mudah dan lebih menjimatkan masa mencuci. Selain tu juga kita boleh gunakan hampas kelapa yang kita dah ambil santannya untuk masak lemak kita tu.
Cubalah petua ni.


* Sediakan siput sedut dalam mangkuk besar dan masukkan hampas
   kelapa.

** Kacau rata.

*** Tutup bahagian atasnya dan biarkan semalaman.

**** Esoknya barulah dipotong bahagian hujungnya (muncung) dan
          basuh bersih.





Lembutkan Daun Pisang

Daun pisang banyak kegunaannya dalam juadah setiap hari seperti membungkus nasi lemak, lepat dan sebagainya. Selain melayurkan di atas api, banyak petua tradisi lain yang boleh melembutkan daun pisang ini sebelum dibungkus. Ikuti petua ini.


* Celup daun pisang di dalam air panas dan biarkan seketika.


** Lapkan daun pisang hingga kering sebelum sedia untuk membungkus

     makanan.

Senang je kan?tak payah layur atas api dapur gas pon boleh.. selamat mencuba....





Hilangkan Lendir Ikan Keli

Do it Simple as You can...de kene mengena tak? Hari ni aku nak share ngan korang cara mcm mana Nak Hilangkan Lendir Ikan KELI dengan mudah. Tak payah le kita nak letak air asam jawa,rendam dengan air basuhan beras,asam keping,garam & macam-macam lagi ler... Ye la kadang2 memang kena ikot petua org tua2 kita dulu.. Tapi aku de gak cuba buat, tak jugak hilang lendir dan jugak bau hanyir nya.. Bagi yang tak gemor bau hanyir dan geli lendir ikan 2 elok le cuba. Jangan plak p basuh dengan air sabun sudah le ye.

Jadi aku nak share ngan korang cara mudah nak hilangkan lendir ikan keli zaman moden ckit. hahaha... Senang je follow diz step :


*Simpan ikan keli yang dibeli tu dalam Peti Ais, tak payah cuci lagi, terus simpan.

**Dah keras ikan 2, keluarkan dan amik pisau buat cara mcm nak buang sisik ikan. Jadi lendir 2 mudah je nak dikikis.

***Cuci & bersihkan. Boleh digoreng dah.


Tips : kalo rasa esok nak makan ikan keli beli le hari ni,jadi lama la ckit kan nak di simpan ikan keli 2 dlm freeze. 

Senang & Mudah. Selamat Mencuba yer...