Jumaat, 12 April 2013

ROTI MOZARELLA


     Terbaek la... Kali ni punya la malas nak update blog dah dekat tgh bulan April bawu nak ade semangat nak release my article... artikal ke?padahal resepi je.hekhek....Cewahhh speaking bagai! hehe...
     Hai lama dah rasanya tak update blog dengan resepi baru..menu baru kali ni masih untuk sarapan pagi @ pon untuk minum petang pon ok.. So hari ni aku akan update dekat korang resepi yang takde la begitu simple tapi memang sedap & lain ckit untuk menu pagi korang yer... Sekali sekala kena la tukar selera kan? pada yang dah bersuami mesti incik suami terkejut isteri hidang bekfes bertaraf Hotel gitu..kalau yang bujang 2 sure emak/omak terkejut tengok ha pe ke benda atas meja aku ni..hihi...  Selamat Mencuba :)

***Hidangan untuk 1 org***

Bahan-Bahan

  • 2 keping Roti Sandwich(roti gardenia potong bhgn tepi)
  • 1 keping Keju Mozarella(cheddar cheese-kraft pon blh)
  • 1 biji Telur
  • Salad campuran(carrot,tomato ceri,daun salad)
  • Serbuk Roti secukupnya(ikot le sbb nak salut roti)
  • Tepung gandum secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan Untuk Sos

  • 1 sudu makan Madu
  • 1/2 sudu makan Cuka
  • 1/2 sudu makan Minyak Jagung
  • Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
*Gandakan je kalo nak buat lebih saiz hidangan.


Cara Memasak


1. Ambil 2 keping roti dan letakkan keju mozarella di dalamnya. Potong roti kepada 2 bahagian sehingga menjadi seperti bentuk segi tiga.

    2. Susun daun salad,tomato ceri dan hirisan lobak merah di atas pinggan. Nak decor elok ckit gunala pinggan kaler putih.

      3. Pukul telur sehingga kembang.


        4. Celup roti ke dalam bancuhan telur.


          5. Kemudian salut dengan tepung gandum.


            6. Setelah itu salut dengan serbuk roti sehingga rata.


              7. Akhir sekali goreng roti sehingga bewarna kuning keemasan.
                8. Sedia untuk di hidangkan...

                Senangkan??? tak payah guna bahan yang byk,mudah dan cepat.. :) 


                Upcoming Resepi 

                Kek Coklat Lembap